Saturday 14 January 2012

Rupa Bukan Ukuran

Salam semua,

          Ilham waktu tengahari membuatkan aku terpanggil untuk menulis satu entri yang agak berat untuk diperkatakan.(i,m sorry, have to be serious in this story). Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak samaada lelaki ataupun perempuan, tetapi kedua-duanya mempunyai timbang tara yang sama banyak dalam sesebuah perhubungan. Aku di sini bukanlah agent menggalakkan anda bercouple, tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan dengan semua.

Beauty fade as years



            Kecantikan sememangnya akan luntur kerana umur semestinya akan bergerak kehadapan dan tidak sesekali menoleh belakang, jadi ingatlah wahai adam dan hawa, jangan jadikan rupa sebagai batu asas dalam menjalinkan perhubungan kerana sedikit kekurangan akan membuatkan perhubungan menjadi renggang dan mula bergolak, jadikan agama sebagai satu-satunya panduan dalam membuatkan keputusan.

Jangan Bandingkan

            Benarlah rupa paras juga penting tetapi bukanlah satu kemestian. Jangan bandingkan atau terdetik ingin membuat perbandingan dengan pasangan-pasangan lain, cukuplah hanya sekadar ada mata untuk melihat, hidung untuk bernafas, telinga untuk mendengar rintihan dan mulut untuk mengingati kita kepadaNya.

Terus Terang

           Jika benar hati tidak sukakan dia, berterus teranglah dan jangan bermain dengan kata-kata harapan. Sakitnya hati susah untuk diubati malah boleh menyebabkan si dia bermurung begitu lama. Bagi si dia pula, terimalah kenyataan dan anggaplah perjumpaan dan singgahan sementara di hati anda hanya sekadar teman rapat. Rapatkanlah hubungan dengan kawan-kawan agar hati anda tidak terus terusik dengan kata-kata manja yang dusta.


P/S : minda di tengahari

6 comments:

  1. siape kate rupe bukan ukuran..
    sesetengah masyarakat kite sekarang ni lebih mementingkan rupa daripade hati budi seseorang.. kalau yg over sikit.. nak yg perfect.. rupe ade, hati budi pun ade... sokong x?

    ReplyDelete
  2. sokong, tapi bukan satu kemestian.haha

    ReplyDelete
  3. nice~

    ~ sharing is caring..(^_~) ~

    ReplyDelete
  4. Lagi satu, jangan disebabkan sukakan seseorang kita hidup berpura pura semata nak kan orang tu.

    ReplyDelete
  5. yes, terus terang saja.
    sakit sekarang tak pe, jgn kemudian.. lagi parah.
    *peace! ;)

    ReplyDelete
  6. org skg sume kate rupe bukan ukuran,xpenting.tapi bile mase carik psgn,cntik jgk jdi ukuran.pelik btl. haihh. ssh btl

    ReplyDelete