Wednesday 14 March 2012

Cerita Para Sahabat

Salam semua,

          Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun Baginda s.a.w. sudah wafat, namun Imam Malik tetap menghormati Baginda s.a.w. sehingga beliau tidak mahu menungggang kuda di dalam kota madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.

         Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa orang hartawan kepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula yang selalu berjalan kaki ketika hendak ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya kepada Imam Malik, " Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?" Imam Malik menjawab, "Apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w.?

        Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mah menunggang kudanya ke masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Rasulullah s.a.w.

P/S: semoga mendapat pedoman
         

Tuesday 13 March 2012

Andai kasihkan Rasulullah, ucapkan selawat

Salam semua,

          Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa membaca selawat sepuluh pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat." (Riwayat al-Tabarani daripda Abu Darda' r.a)

Tempat dan waktu dianjurkan berselawat:


  1. Sesudah laungan azan
  2. Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
  3. Dalam solat jenazah
  4. Dalam takbir-takbir hari raya
  5. Sewaktu membaca tahiyat (tasyahud) akhir dalam solat
  6. Pada awal dan akhir bacaan doa
  7. Pada malam dan siang hari Jumaat
  8. Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
  9. Ketika orang menyebut nama Rasuullah s.a.w.
  10. Tiap pagi, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain-lain.

P/S: semoga mendapat manfaat

Monday 12 March 2012

Sihat Dalam Tidur

Salam semua,

          Lama sudah tak bertandang ke blog, berfungsi lagi rupanya. So, hari ini fendi ingin berkongsi info tentang cara tidur yang baik, bukan sahaja baik, tetapi pahala pun dapat.

         Menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w untuk tidur dengan mengiring ke sebelah kanan dengan meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan, dan inilah cara yang betul yang diajarkan oleh nabi kita. Dalam satu hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari, daripada al-Barra' ibn Aazib. Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud: "Apabile kamu hendak tidur, ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat, kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan."

        Jadi, sesiapa yang belum mengamalkan sunnah nabi kita, eloklah beramal. kalau kita tidak dapat beramal semua, jangan tinggal semua. faham ke tidak maksud ayat tu? kata-kata tadi telah fendi ambil daripada seorang ustaz yang masih lagi berada di sekolah lama fendi.

P/S: selamat beramal