Friday 15 July 2011

Rezeki kita

Salam semua,


semalam fendi x buat apa-apa entri pun, so hari ini nak tulis sedikit bersemperna keluarnya result upu pada pukul 12 tadi. rezeki oh rezeki, buat adik-adik sekalian, jangan pikir lagi tentang peluang pekerjaan, apa yang korang dapat, itulah rezeki korang, jangan bersedih sekirannya tak dapat kos yang korang inginkan.

cuba korang renungkan bagaimana perasaan orang yang x dapat apa-apa tawaran pun, mesti sedih kan? bila dah korang dapat tawaran dalam apa jua bidang, maknanya, Allah masih sayangkan korang kerana Dia memilih korang untuk mendalami ilmu yang Dia turunkan kepada manusia, mulai saat ini, cuba ubah pemikiran dan lakukan yang terbaik untuk diri korang.

P/S : teruskan kehidupan anda, jangan berhenti di sini.

Wednesday 13 July 2011

Arsenal vs malaysia

Salam semua,

fendi buat entri untuk sesiapa yang dapat tengok perlawanan bersejarah malam ni, so kepada yang dapat tengok, inform la fendi ye. i keen to know the scoring goal. Nazrul Azwan, kalau taw, inform aku noh.hehe

Monday 11 July 2011

Kembali Botak?

Salam semua,


Haha, fendi datang dengan versi kepala botak dan meninggalkan version ala-ala korea, korea la sangat kan. Fendi rimas dengan rambut panjang yang dulu. tambah-tambah bila tido, ada yang masuk dalam telinga, tutup mata macam selimut. Memandangkan cuti pun panjang lagi, so sebelum masuk sem baru, dapat la rambut fendi tumbuh.

Tetapi, banyak kelebihan kalau kita berambut botak. Kalau diri bukan Faizal Ismail, jangan berani tiru lagaknya.hehe. Untuk kaum adam, bila rambut botak, nampak ganas sedikit, tambah-tambah bila naik moto. then, bila mandi, air dapat sampai ke kulit kepala. rasa sejuk je. 

P/S : untuk entry yang lepas tu, fendi x update lagi.tunggu ye.haha

Saturday 9 July 2011

Kenapa orang kita selalu pandang rendah?

Salam semua,


Pagi yang hening fendi mulakan dengan entri yang suam-suam suku.hehe. pernah x orang perlekehkan korang? pernah x korang diherdik? pernah ke x pernah?  fendi pernah berkerja sebagai cashier di sebuah shell minyak "xxx". maklumlah baru lepas matrik masa tu . alahai, Tuhan sahaja yang tahu, fendi dah tahu jawapan mengapa orang yang bekerja di stesyen minyak x kekal lama, tetapi bukan semua ye, bak kata orang "kadang-kadang dan jarang-jarang".hehe




Walaupun fendi bertugas sebagai cashier, kadang-kadang kena juga jaga kat luar, Bila jaga kat luar, macam-macam ragam manusia yang fendi tengok. kadang-kadang fendi dipanggil oleh customer " wei, mai sini jap, " minyak rm10", lepas tu dia terus tutup pintu bukannya dia x tahu sekarang "self-service". Lelaki bhai, bukannya perempuan. bukan main egonya lagi, tambah-tambah kalau naik kereta besar. kalau lah diorang berada pada tempat kita, apa yang diorang rasa? 


To be continued.hehe

P/S : tunggu for the next entry ye

Baju branded vs pasar malam

Salam semua,


hehe, fendi bawakan korang semua dengan entri santai hari ini, baju branded vs baju pasar malam. kalau nak kelihatan macho ataupun cantik, perlu ke kita memakai baju branded? kalau pakai dari jenis tu baru nampak segak? macam tu ke sekarang? tetapi kan, kalau muka bukan macam aaron aziz, pakai macam mana pun x macho jugak kan?keh3

Pernah jugak fendi memerhati gelagat orang kita apabila keluar dari butik-butik terkenal, muka tu kalau lalat lintas pun x perasan, sombong bukan main lagi. fendi x tujukan kepada semua, cuma point kepada yang berkenaan sahaja. Satu lagi, bila orang jauh datang pasar malam, i meant from orang yang berada, diorang tengok peniaga macam orang yang tak berpelajaran. so, macam ni ke kalau nak macho? berhati busuk disebalik baju yang branded.

fendi bukan nak salahkan baju branded tu, apa salahnya nak bergaya. tetapi kalau baju branded disertai dengan akhlak yang baik, kan lagi macho ataupun segak macam tu, x payah la kita menyombong dengan orang lain, bak kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. walau tinggi mana pun pangkat kita, cuba hormat orang yang berada di bawah. 


P/S : renung-renungkan, dan selamat beramal 

Friday 8 July 2011

kerja editing lagi

Salam semua,

fendi buat kerja editing sedikit.hehe. biasa la kan. kat umah x ada kerja untuk dibuat. enjoy k.










P/S : photo x da motif.hek3

Thursday 7 July 2011

Photo untuk hari ini

Salam semua,

Selepas tolong ayah tadi, fendi ambil kesempatan untuk shoot beberapa gambar, hehe. tengok hasilnya ok





P/S : ini saja yang fendi shoot tadi.

Seharian edit photo

Salam semua,


Hari yang santai, so fendi ada belajar edit gambar guna adobe photoshop, apapun masih banyak kekurangan dan mungkin akan dipertingkatkan.hehe. budak baru belajar. So, fendi x nak tulis panjang-panjang, enjoy my pic and do comment k.








fendi nak tanya pendapat korang semua, gambar di atas shoot guna kamera apa?











P/S : harap-harap boleh pertingkatkan lagi. sesiapa yang pro photoshop, ajar fendi k.

Wednesday 6 July 2011

lelaki macho vs perempuan cantik?

Salam semua,


entri yang agak santai pada pagi ini memandangkan baru sahaja makan roti canai, air susu panas ditambah pula hujan yang sangat lebat di bumi Kedah Darul Aman,alhamdulillah. bak orang kata All in One.hehe. So, berbalik pada tajuk entri kali ini, betul ke lelaki macho mesti kahwin dengan perempuan cantik ataupun perempuan cantik mendambakan lelaki yang fit lagi macho?betul ke sekarang macam ini?

"beautiful will fade year by year" , what is true meaning about "beautiful"? kalau perempuan mesti mekap-mekap untuk nampak cantik, kalau lelaki mesti try the best outfit untuk tampil gagah. tetapi kalau diri bak pak pandir, jangan belagak seperti anak pak belalang.keh3. Kadang-kadang fendi lihat ramai yang suka bergaya untuk nampak segak tetapi isi dalaman tidak diambil berat. sembahyang entah kemana, betul tak? korang nampak ramai lelaki macam ini? bukan niat untuk tujukan kepada sesiapa, nasihat untuk diri fendi juga, kalau sendiri jalan tidak betul, jangan ditegur singa di hutan, nanti diri sendiri yang susah.keh3

Sebenarnya, telah terdapat panduan untuk memilih jodoh. yang pertama lihat pada Agama, apabila seseorang lelaki memilih perempuan beragama, nescaya agama tersebut akan kekal hingga akhir hayat.
Yang kedua, kecantikan. kalau lelaki pilih seseorang kerana cantik, nescaya cinta lelaki itu palsu kerana apabila perempuan tersebut kedut-kedut, lelaki itu pun akan mula untuk curang. Yang ketiga keturunan dan akhir sekali Harta.



P/S : Make a right choice , everything gonna be ok.

Tuesday 5 July 2011

Segalanya tentang Facebook

Salam semua,


Dunia IT banyak merubah segalanya, dari seorang alim menjadi nakal, dari seoarang gadis yang solehah, terjerumus ke dalam kancah sosial. semuanya bermula dari kenal, usik mengusik dan ajak mengajak. Fendi nak tanya korang semua, apakah keperluan Facebook sebenarnya?

Fendi pernah dengar satu cerita tentang seseorang yang identiti perlu dirahsiakan, cuba mengkhianati teman wanita dengan membuat 2 account facebook dengan tujuan untuk curang. tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh kedalam kuali.keh3

Sebenarnya, facebook merupakan tempat untuk berkenalan, berjumpa kawan lama, tetapi kalau sudah merosakkan hubungan, facebook hanya akan menjadi sia-sia. tepuk dada, tanyalah minda, "betul ke apa yang aku buat ni?', ask yourself, what purpose of having facebook account? to lie?to betray your mate?to find another "pretty" women even you already have.

Bagi fendi, facebook banyak memberikan keburukan, kita mudah menjadi lalai dalam tidak sedar. tetapi fendi tidak menyalahkan facebook semata-mata, cuba sekadar memberi peringatan memandangkan pada petang ini, fendi tidak ada keja yang perlu dibuat, so apa salahnya fendi menaip. moga dapat memberi manfaat kepada korang semua.

P/S : buat pasangan di luar sana, cubalah untuk setia ye. to dilla ermazatul najwa, jangan risau ye.keh3

Sunday 3 July 2011

Hati mulai tenang

Salam semua,


Terlupa pulak semalam memandangkan Malaysia menyumbat 2 gol ditempat lawan bermakna Malaysia layak ke pusingan seterusnya. Alhamdulillah. terima kasih kepada Nazrul Azwan kerana do comment on my previous post. thanks again. chaiyok2 Malaysia. kredit again to Dilla ermazatul Najwa. Saya hepi balik.hehe

sekitar perlawanan Malaysia vs Taiwan

Salam semua,


Kredit to Dilla Ermazatul Najwa, mana sayang ni, nak menangis sudah, sangat mendukacitakan apabila Malaysia tewas kepada Taiwan 4-4. Taiwan menang disebabkan gol di tempat lawan. harapan untuk layak ke pusingan seterusnya terpadam buat pasukan Malaysia. Mutu pengadilan agak berat sebelah pada separuh masa kedua memandangkan Malaysia layak untuk dihadiahkan sepakan penalti, namun diabaikan pengadil perlawanan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, sepatutnya pengadil hendaklah bukan dari negara masing-masing.

Namun, pujian harus diberikan kepada Aidil dan Shafiq Rahim kerana membuat sepakan percuma dengan cantik dan menghadiahkan masing-masing 1 gol. fendi rasa perlu pemain-pemain veteran dimasukkan kerana pengalaman penting apabila saat-saat getir ini berlaku. Perjalanan Malaysia masih jauh dan banyak perkara perlu diperbaiki pada masa akan datang.


P/S : Dilla, sini la, nak menangis lagi.he

Friday 1 July 2011

Siapa Sebenarnya hakim tu?

Salam semua,


Agak-agak siapa pemuda di atas? Sebenarnya Hakim ni lelaki, dan fendi rasa, fendi pun mempunyai masalah yang sama. kurang hensem, hehe. betul x Hakim? sebabnya, nak capai 200 follower pun penat, plus lelah tahap gaban. apapun, orang seperti hakim mempunyai daya kreatif dan hati yang halus kerana dapat meluahkan rasa terpendam melalui blog sama seperti blogger-blogger lain

Tag:


  1. Darkbatman
  2. Bro khairul
  3. Nisa Kay
  4. Dilla Ermazatul Najwa
Fendi rasa fendi kena menang sebab dah lama fendi mengidam pizza hut, bila nampak contest dari Hakim and ada hadiah menang pizza atau topup, why not i grab the chance.

P/S : Thanks Hakim sebab invite melalui Shoutbox fendi

CONTEST : WATERMARK UNTUK DARKBATMAN

Salam semua,


kali ini fendi mencuba nasib membuat watermark untuk darkbatman. Walaupun fendi baru lagi di alam photoshop, tetapi fendi cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati darkbatman. so, ini adalah gambar watermark yang telah fendi buat.




                                    
so, kepada darkbatman, inilah watermark yang fendi buat tu,haha. sorry, tak berapa cantik. apapun fendi mempertaruhkan watermark ini untuk mendapat RM100 disebabkan Darkbatman merupakan kawan kepada kawan aku, Syam Arm yang kini berada di ukm kampus kl. mungkin berpeluang rasanya.hehe


P/S : Apabila bakul diangkat sendiri.hehe