Wednesday, 4 April 2012

Jodoh dan Keperitan Wanita mengandung- Ustaz Don


Alhamdulillah, adie masih lagi diberi peluang untuk hidup, diberikan udara yang bersih, makanan yang berkhasiat dan halal, insyaAllah dan masih lagi bersama teman seperjuangan dalam mengharungi minggu peperiksaan penggal untuk sesi 2011/2012. syukur, setelah 4 kertas diambil, cuma satu sahaja yang tinggal untuk keesokkan hari, adie berharap segala yang ditentukan berjalan dengan lancar. Dalam kesibukan menelaah pelajaran, sempat juga adie dan kawan-kawan a.k.a saudara untuk beriadah pada waktu petang. minta maaf sebab adie belum menjurus kepada tajuk yang ingin dikongsi bersama. 


Sabar ye para pembaca, adie ingin menulis sehingga ada orang yang tertanya-tanya, bila adie akan menerbitkan entri baru lagi.hehe. nampaknya adie belum sampai ke tahap itu lagi. insyaAllah, segala entri yang adie tulis akan memberi sedikit manfaat kepada orang ramai. adie mulakan tajuk di atas dengan satu pertanyaan (sebenarnya banyak).hehe. Bagaimana dengan kehidupan anda semua? bahagia? bagi yang memegang status single, bila akan berkahwin? pastikah pilihan anda tepat? Bagi yang telah berkahwin, bagaimana perjalanan kehidupan anda? sudah mempunyai anak? dan akhir sekali, bagi ibu yang mengandung, adakah anda rasa tertekan dan murung? Dalam persoalan ini, adie berharap semoga orang yang belum berkahwin, dicepatkan jodoh mereka, orang yang yang sedang melangsungkan perkahwinan, dipermudahkan urusan mereka, dan golongan ibu yang mengandung diberikan pahala yang berlipat kali ganda, insyaAllah.


Sebelum adie menulis panjang lebar, adie memohon maaf sekiranya ilmu yang disampaikan tidak tepat dan terdapat kesilapan dan memohon teguran daripada para pembaca semua. Sebenarnya tajuk entri kali ini merupakan ilham daripada adie sendiri setelah mendengar nasihat dan pandangan Ustaz Don dari corong radio Sinar Fm mengenai dua perkara. Pertama berkenaan dengan Jodoh dan yang kedua berkenaan dengan Keperitan ibu mengandung dan bagaimana menstabilkan emosi terutamanya perempuan mengandung. adie terasa perlu untuk berkongsi ilmu yang adie dapat.

Adie mulakan dengan persoalan pertama mengenai jodoh. Ramai orang cakap, biarlah, tak mahu fikir lagi, jodoh telah ditakdirkan oleh Allah, tidak perlu kita mencari kerana segalanya telah tercatat dalam takdir. Ini penjelasan daripada Ustaz Don. Dalam Islam, Allah telah memberikan kebebasan kepada semua makhluk untuk memilih pasangan masing-masing. Sejak di alam roh, Allah telah menetapkan 3 perkara kepada anak-anak Adam iaitu kematian, jodoh dan rezeki. Di sini, Ustaz Don menggunakan perkataan "Ikhtiar" iaitu berusaha dalam mencari pasangan hidup. Sebagai contoh yang diutarakan Ustaz Don, jika seseorang inginkan isteri dia berada dirumah atau dengan kata lain surirumah sepenuh masa, dia mestilah memilih isteri yang tidak berkerja ataupun cikgu. Jikalau dia memilih wanita yang bekerja 24jam, maka, ini tidak menepati kehendak jiwanya. TETAPI, usaha yang disarankan oleh Ustaz Don bersandarkan kepada 4 syarat untuk memilih isteri berdasarkan syariat Islam iaitu Kecantikan, Harta, Keturunan dan akhir sekali Agama dan jika Agama yang dipilih, ia akan kekal sampai ke akhir hayat. Ditambah lagi dan mungkin orang tertanya-tanya, bagaimana pula dengan kecantikan? apakah ciri-ciri wanita yang cantik? Ustaz Don menjawab, kecantikan itu on the eye of the beholder yang membawa maksud, kecantikan itu ditentukan oleh kita sendiri.

Berhenti untuk persoalan jodoh, adie masuk pula persoalan bagaimana mengatasi emosi ibu-ibu yang sedang mengandung? Ustaz Don menjawab, bertapa besarnya rahmat yang diberikan oleh Allah kepada wanita-wanita yang mnengandung kerana mereka melahirkan ummat Nabi Muhammad dan meneruskan kesinambungan ummat yang terbaik. Semasa proses wanita itu mengandung, Allah memperkenankan segala permintaan yang dia hajati, sebab itulah kita dapat lihat banyak permintaan wanita mengandung diberi perhatian oleh para suami. Mengenai pahala untuk wanita yang mengandung, Ustaz Don memberi satu gambaran, jika isteri menyediakan makanan dan pakaian untuk suami keluar mencari nafkah, maka si isteri mendapat pahala yang sama dengan si suami walaupun si isteri hanya duduk goyang kaki di rumah. besarkan pahala ibu mengandung? jesteru, wahai wanita-wanita sekalian, lihatlah kelebihan yang Allah berikan dan InsyaAllah jika ibu-ibu mengandung mengetahui rahmat yang diberikan, sebarang masalah emosi dapat diatasi. sampai disini dahulu penulisan adie, apa yang salah harap dapat memberi teguran. Jumpa lagi

P/S : bacalah sebagai ilmu.


8 comments:

  1. thanks for sharaing .
    menarik :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Affendi. Apa khabar?
    Nak jemput baca entri "Next Top Blogger 1 - Episod 16 (FINAL)".
    http://awieomar.blogspot.com/2012/04/next-top-blogger-1-episod-16.html
    Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kami :)

    ReplyDelete
  3. panjangnya entry Fendi..anyway tks sbb berkongsi ngan kengkawan semua

    ReplyDelete
  4. salam, ..berkongsi sesuatu yg memberi manfaat mudah2an akan mendapat rahmat-Nya.

    ReplyDelete
  5. Betul tu, jodoh ni semua daripada Allah.. Tapi kita kena berusaha ke arah itu juga!

    Doa Minta Jodoh Sampai Cepat

    ReplyDelete