Kehidupan sememangnya satu anugerah. Ya, satu anugerah. anugerah daripada siapa? anugerah daripada Ilahi kepada seluruh umat manusia tidak kira bangsa, agama, warna kulit dan status. Bagi adie sendiri, adie berasa anugerah kehidupan yang diberikan sangat-sangat bernilai dan tidak mungkin sekali dapat dibeli dengan wang ringgit. Anugerah keamanan, pendidikan, ditemani kaum keluarga, sahabat handai, makanan dan minuman yang berkhasiat, kesenangan untuk beribadah, kemudahan untuk berjalan-jalan, keindahan tempat perlancongan dan kesihatan yang mana membolehkan adie melutut di tikar sejadah untuk menadah tangan sebagai tanda kesyukuran. mungkin dalam kehidupan kita, sama ada sedar ataupun tidak sedar, kita banyak merungut. Ya, banyak merungut. Merungut tentang tempat tinggal, merungut tentang makanan yang diberikan, merungut tentang sistem pendidikan, merungut tentang kehidupan yang tidak pernah kaya, dan lain-lain rungutan yang seumpama dengannya. cuba lihat ini
Terharu? terkejut? malu? mungkin malu patut ditujukan ke arah kita semua. bukan dia meminta untuk dijadikan begini, tetapi, pernahkan kita semua merasai keperitan mereka. Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana mereka berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, menaiki pengangkutan awam, membeli makanan ketika lapar, dan satu persoalan yang mungkin semua orang tertanya-tanya, tidak sakitkan mereka ini? ya, tidak sakitkah mereka? apa yang adie dapat nyatakan di sini ialah hanya dengan ketabahan hati dan kecekalan jiwa membuatkan mereka terus hidup. satu contoh adie dapat berikan ketika belajar di sekolah menengah di mana terdapat dua orang yang cacat penglihatan dijemput khas oleh pihak sekolah untuk memberi ceramah motivasi kepada adie dan sahabat yang lain. saudara, apa pekerjaan mereka? meminta sedekah? oh, tidak sama sekali. Mereka merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa dan pada masa itu sedang menyambung pengajian untuk membuat master dalam bidang programming. Dalam coretan mereka, adie bertanya, bagaimana dengan kekurangan yang mereka ada menjadikan mereka antara manusia yang terhebat? sedangkan kita yang lengkap dengan deria dan anggota tidak mampu untuk pergi sejauh itu. adie berhenti berfikir sejenak.
Merungut lagi? adie selitkan satu lagi cerita yang mana mungkin kita dapatkan jadikan contoh. adie mahu anda semua lihat sendiri justkhai.com. buka link itu sekarang? ya, sekarang. Boleh adie katakan bagaimana seorang pemuda mempunyai pendirian dan matlamat hidup yang sangat jelas. meletakkan kejayaan di hadapan, memekakkan kata cacian orang lain dan terus, terus, kehadapan dalam mengejar apa yang dia hajati. adie tertarik dengan penulisannya di justkhai.com tentang pemilihan isteri. dia memberitahu sebolehnya mahukan isteri dan anak-anak memakai tudung, jika dijodohkan dengan isteri tidak bertudung, peranan suami sebagai ketua rumah tangga untuk membetulkan isteri yang dijodohkan oleh Allah. hebat bukan? adakah kita sendiri akan berkata sedemikian rupa? dalam kejayaan yang beliau kecapi sekarang, tidak langsung meninggalkan peringatan tentang akhirat. Alangkah bahagianya jika kita sendiri yang mencipta kejayaan dan dalam kejayaan, kita tidak melupakan Allah sebagai pencipta kita.
sekarang tugas kita tidak lagi untuk merungut tentang nasib yang kita tempuhi, semarakkan impian dan mula mengorak langkah demi untuk kehidupan isteri dan anak-anak kita. tumpukan 100% pada setiap perkara yang di lakukan. Jika anda hidup susah, bukan merungut, tetapi buka minda dan cari penyelesaian. Jika anda malas, lakukan kerja. Jika anda tidak bersemangat, kuatkanlah ibadah, mohonlah pada Allah untuk diberikan kekuatan. Jika anda tidak puas hati dengan diri anda sekarang, carilah penyelesaian. adie percaya, setiap permasalahan yang ada, pasti dan pasti ada penyelesaiannya. orang yang malas akan memberi seribu macam alasan dan orang yang rajin akan terus bergerak bersama cita-cita dan impian.
P/S : semoga hidup kita semua akan terus gembira dan bahagia.
TERBAIK ENTRI INI.. IBU JARI DINAIKKAN..
ReplyDelete