Saturday 31 December 2011

Salam semua,

                     Dah nak masuk 2012 pun kan? so my last post for 2011, dan yang menariknya, inilah post yang ke-100 untuk blog fendi. Terima kasih banyak-banyak fendi ucapkan terutamanya kepada blogger-blogger samaada secara langsung atau tidak kerana bagi support kepada newbie macam fendi. so, kalau ada silap dan salah, fendi dahulukan dengan ucapan maaf dan jika ada ilmu yang fendi sampaikan, amalkan walaupun sedikit, moga kita menjadi lebih baik dalam tahun baru 2012 yang mana tahun 2011 akan melabuhkan tirai dalam masa 1 jam saja lagi. fendi nak ucapkan terima kasih kepada bro khairul  kerana tak jemu tulis dekat shoutbox fendi tentang recent post yang bro tulis, bro khairul memang seorang blogger yang betul-betul peramah. kenal dulu, then evaluate k.

                 

P/S : doakan fendi untuk final exam

Monday 19 December 2011

Coretan hari ini

Salam semua

                   
                      Banyak benda pulak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tiada lagi senyuman dan gelak tawa dari seorang sahabat sehingga aku sendiri yang merasakan aku lah puncanya. Ditambah lagi dengan kesedihan yang menimpa rakan karibku dek kerana " we do for nothing". Walaupun kegembiraan terpancar di wajahnya, tapi aku yakin, pasti dia sedang menanggung masalah itu keseorangan. kenapa harus berlaku secara serentak? walaupun dengan alunan musik, namun diri aku masih tidak tenang selagi tidak membantu. memang pada luaran menampakkan aku seorang yang tidak kisah, tetapi aku sayang kamu semua. You are my part of life, we are friends, we are a family.

                   Mungkin aku tidak sebijak albert eistein, tetapi firasat hatiku banyak menolong melihat segala permasalahan. kenapa sekarang hidup kita tidak seriang dulu wahai sahabat? kenapa kita tidak lagi bersatu? adakah kerana masing-masing sudah pandai berfikir sendiri, masing-masing sudah pandai mengatur langkah untuk menempuh hari mendatang? Jika itu puncanya, mungkin tidak perlu untuk kita berkawan. Sahabat, ingin aku luahkan di sini, jika aku bersalah, maafkanlah aku, jika aku tersalah kata, ampunkanlah aku kerana sesungguhnya aku tidak lagi sanggup hidup dalam kekusutan yang sebegini rupa.

                  Tidak habis dengan itu sahaja, terdapat berita-berita yang yang kurang enak didengar. Jangan kamu semua mencari permasalahan dan aib orang lain, aku percaya, orang yang sebegini rupa mungkin akan mendapat darjat yang tinggi dalam kalangan manusia kerana bahagia dalam menceritakan aib orang lain. i,m not the best, but i have feeling. If you eager to know, just come and see me. i will tell everything to you sampailah kamu semua berpuas hati. You are the best! i say for the second time, You are the best!. aku sangat pelik sedangkan aku tidak pernah mengetahui dan tidak ingin mengetahui apa yang kamu lakukan dan kamu pulak beria-ria untuk mencari maklumat konon. sudahlah, kita sudah besar panjang, segala apa yang berlaku hanyalah jalan hidup seorang makhluk Allah.

                 Bagaimana jika seseorang memerlukan kamu ketika dia susah? selepas itu, berbagai alasan diberi, adakah keinsafan itu hadir setelah dia diberi pertolongan? kenapa tidak sebelum itu? jika ya dek kerana keinsafan, kenapa harus begitu sekali? tidak bolehkah melirikkan ucapan terima kasih? adakah ucapan itu terlalu berat untuk diungkapkan? renung-renungkan wahai sahabat.



P/S : sayang kamu sahabat

Saturday 17 December 2011

Hari Mendatang

Salam semua,

                   Selamat berhujung minggu semua, diharapkan semoga berada dalam keadaan sihat di samping dengan keluarga tersayang. Korang buat apa sekarang? fendi teka ok, bagi pelajar kampus, sekarang adalah waktu yang sesuai untuk tido,haha. Mata dah kuyu, badan dah jadi ular sawa, tilam memanggil, meja study kata "jangan", tilam cakap "marilah"hehe. Bagi keluarga fendi di kampung, sekarang mesti berada di ruang tamu, fuhhh,dengan angin sepoi2 bahasa sambil menunggu buletin 1:30.haha. ayah fendi memang peminat no 1.
              
               Berbalik kepada tajuk entri pada hari ini, "hari mendatang" , apa yang korang paham? adakah hari mendatang tu macam "ahad, isnin, selasa, rabu, khamis..bla..bla..bla..". ? ia berbalik kepada perspektif korang semua ingin mendefinasikan dari segi tersurat mahupun tersirat. Bagi fendi sendiri, banyak yang fendi fikirkan tentang hari mendatang, alhamdulillah, fendi sangat gembira dengan hidup sekarang. 

                Banyak benda sebenarnya yang perlu kita fikirkan, bagaimana ingin menbuat perubahan?adakah kita hanya duduk di takuk lama dan menjalani hidup sebagai orang biasa pada masa akan datang? sememangnya pada pendirian fendi sendiri, amatlah rugi orang-orang yang tidak mahu memajukan diri. sebagai contoh, hari ini kita malas, esok, lusa dan hari mendatang, adakah kita akan kekal sebagi insan yang malas? duduk dan dan kita renungkan. tak salah kalau kita termenung untuk membaiki diri. Sebagai mahasiswa, fendi sendiri banyak melakukan kesilapan samaada fendi sedar ataupun tidak, sebenarnya, kadang-kadang fendi merasa sentap. i talk to myself "fendi, what you have done? this is not yours, u are not real, come on fendi, life is short, if u are on the same mode, u will be fail". siapapun diri kita, apapun darjat kita, semua orang akan berbalik kepada fitrah iaitu satu keadaan di mana kita akan merasa kelainan dalam diri kita. Oleh itu, masih tidak terlambat untuk kita memikirkan apakah yang terbaik untuk diri kita pada masa akan datang. buangkan hal yang remeh, bukak langkah dan fokuskan minda kita. InsyaAllah, we can be a better person.

P/S: berada dalam mode exam.hahaha.

Friday 16 December 2011

Hidup itu Indah

Salam semua,

                   

                      Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup udara di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikelilingi Ibu bapa tersayang, adik beradik, sahabat handai, dan persekitaran yang mendamaikan di dalam Kolej Tun Syed Nasir. Bangun saja dari tidur, terkebil-kebil cari handphone, dalam hati, sapa plak yang curi handphone aku ni, aisshhh. Rupa-rupanya, handphone tertidur bawah katil.haha. macam mana boleh jatuh tu fendi? (tidur buas ke?) eh mana ada, aku tido sopan je.

                    2 sms daripada sahabat handai, sebelum tu nak menitiskan air mata dulu, :( ayah kepada salah seorang sahabat telah kembali Rahmatullah. Sayu jugak hati bila dengar berita tu, apapun, sama-samalah kita hadiahkan al- Fatihah kepada arwah, moga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh. Begitulah kitaran hidup manusia, tidak kira kaya atau miskin, berpangkat ataupun kuli, kurus atau gemuk, muda atau tua, semua akan kembali mengadap Ilahi untuk Allah menilai sejauh mana ketaatan semasa kita hidup di dunia. Baikkah kita?Jahatkah kita?apa yang kita buat di dunia? adakah kita berjasa kepada kedua ibu bapa kita? semua persoalan itu mampu dijawab oleh setiap orang.

                  Indahnya hidup kita kan? walaupun dalam kehidupan yang kita lalui sekarang, banyak masalah, banyak ujian, banyak assignment.opppss, sebenarnya mengajar kita menempuh kehidupan di dunia. Kita lapar, Allah memberikan rezeki. tetapi bagaimana? dengan cara kita berusaha. Dalam pepatah arab ada menyatakan, (alhamdulillah, fendi sempat belaja bahasa arab.hehe). (siapa yang menanam, dialah yang mendapat hasilnya). bukan tanam macam kebun tu saja, menanam di sini bermaksud berusaha. so, ambillah peluang di waktu muda untuk mencari kekayaan. Hampa pernah dengar x kata-kata macam nie (tangan yang berada di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah), di sini, agama kita sendiri yang menyeru kita untuk menjadi kaya. indahkan hidup ini? adil dan saksama kepada sesiapa yang berada landasan yang betul.

P/S : indahnya hidup
Salam semua,

                 


P/S : speechless. recently my blog can't upload picture, thus, i upload my snap today

Wednesday 14 December 2011

Don't Judge A Book By its Cover

Salam semua,

                   Selamat petang semua, harap masih tidak terlewat untuk buat entry untuk hari ini. So, what i have done today? mungkin juga hari ini sangat bermakna kerana dapat menolong rakan baik membuat sedikit urusan di Jabatan Imigresen, walaupun penat, Alhamdulillah, kepuasan membantu rakan sangat bermakna.
                    
                   Dalam asyik melayari muka buku a.k.a facebook, fendi sempat menjengah beberapa posting menarik dan ternampak kisah benar berupa video dari X Fresh.Fm. Ada satu panggilan antara 2 pasangan di mana mereka berdua akan memutuskan pertunanagan. Sedih bukan? tetapi, korang semua tahu tak kenapa?sebab lelaki tersebut hanyalah seorang peniaga burger jalanan. Fendi bagi korang masa untuk berfikir, sekiranya terdapat cadangan, boleh ditulis di ruang komen. Selepas itu fendi ada terbaca satu posting yang agak menarik di mana mungkin boleh berkongsi dengan rakan sekalian. Mungkin ianya menjadi persoalan kepada kita. "Posting Islamic tidak melambangkan keperibadian seseorang", dari segi luaran, memang orang ini dapat diklasifikasikan sebagai "terbaik", tetapi dari segi dalaman? hanya Allah sahaja yang tahu. Sama-sama kita renungkan samada posting kita di facebok bertepatan dengan akhlak kita.


P/S : sekadar luahan

Monday 12 December 2011

Sekitar Tasik Titiwangsa

Salam semua,





Let the picture talk.haha

P/S : do comment, my first trial using hdr

Saturday 3 December 2011

Mid Valley : Puss in boots dan Ombak Rindu

Salam semua,

                    Puss in boots and Ombak Rindu, which one?haha. mesti korang semua dah tengok kan? best or bad? dengan queue yang agak panjang semalam memang agak memenatkan. Tiket wayang untuk ombak rindu telah sold out.haha. memang terbaik la kan, so, majoriti perempuan yang mendominasikan kaunter tiket wayang, sesiapa yang ingin melihat perempuan yang gila novel, bolehlah pergi ke sana. dengar kata filem ini diadaptasi dari novel ombak rindu, i,m sorry, i,m not in that way.haha. So, i made decision to watch puss in boots with my cousin. overall, not bad, but its actually story about magic pees. do you still remember? giant with gold eggs? puss in boots and the geng try to fulfill their dream and puss in boots wanna clean its name in San Ricardo, a place where it was growth. To know further, go and watch today.

After watching movie, i had snap some pics, so look at my effort.haha. enjoy







P/S : Drop your comment

Friday 2 December 2011

UPM - Friendly Match

Salam semua,

                    Sihat ke semua? fendi doakan semoga blogger-blogger dan rakan-rakan diluar sana sihat-sihat selalu, apa perancangan korang hujung minggu nie?shopping?atau just memerap diri dalam bilik?haha. Hope korang dapat memanfaatkan masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat especially student. Orite, back to my tittle, recently, UKM KL badminton member's club had organised friendly match with UPM, Alhamdulillah, we won that match. now, look my snap picture, enjoy....

 






P/S : siapa yang mantap badminton, mainla dengan aku.hahaha. korang jangan main betul-betul, bagi aku menang k.