Sunday 21 August 2011

Dah nak abes....

Salam semua,


Pejam celik pejam celik, dah 21 hari kita berpuasa, so, bagaimana puasa korang semua? harap-harap dapat habiskan sekolah Ramadhan kita dengan jayanya, InsyaAllah. korang perasan tak, sekejap je kita berpuasa, ibarat macam shopping sampai ke petang, tak sedar masa sedang berlalu.

Tadi fendi drive untuk menemui adikku di MRSM Bertam, pastu adala mak cik tumpang kereta fendi, dia cakap nak tumpang sampai pekan Sungai Petani, mak aii, punya la jem jalan di sana. Masing-masing sibuk dengan persiapan raya, maklumla, kedai-kedai mula dibuka untuk jualan raya.

Bagi kaum-kaum wanita tidak boleh dipisahkan dengan alat-alat membuat kuih, hehe. mak fendi tidak ketinggalan untuk menyertai kelas membuat kuih raya, wahh, bukan semangat lagi. tahu tak, lepas balik kelas, mak fendi keletihan sampai lauk pun beli kat kedai.hahaha

Entri agak skema dari fendi.hehe. dah tulis panjang-panjang, tak sedar ayat macam budak sekolah. Apapun layan je. Selamat Berpuasa semua, jangan ponteng k.

P/S : kuih anda bila lagi?hulur-hulur kan k..hehe

Saturday 13 August 2011

Shopping Raya - Berpada-pada ok

Salam semua,


Raya pun dah semakin tiba, sembahyang terawih yang pada awalnya memenuhi saf di surau kini beransur sedikit, sibuk buat kuih raya kot?haha. apapun tak kisahlah sebab empunya diri masing-masing yang menentukan mana yang terbaik. Jika takut menegur kucing, jangan pula menyapa singa.hehe

Berbalik kepada entri shopping raya fendi, shopping + raya = bergaya ataupun berhutang? mana satu pilihan korang semua, bergaya tetapi berhutang ataupun bersederhana dalam senang.haha.  sekarang ni shopping complex mula memancing undi, oppsss, memancing pelanggan dengan sales yang gila-gila, ada yang sampai 80%, memang kelabu la mata tu untuk memilih, walaupun murah tetapi kalau terlalu banyak yang diambil, mesti la bertimbun jumlahnya kan?

Orang cakap, alah membeli, menang memakai, jangan kita menjadi seperti anjing dan bayang-bayang, tamak haloba, tup-tup yang pakai kredit kad, bagi fendi, fendi lebih suka bayar cash daripada swap kad kredit, memang lah satu trend sekarang ni, tetapi trend inilah yang menyebabkan kita dibelenggu hutang piutang yang banyak. Pakai smart bergaya dengan memegang kad kredit di kaunter-kaunter, beginilah sikap orang kita, berlagak bukan pada tempat yang sepatutnya.

banyak jugak yang fendi membebel kan,haha. bukan sebab apa, nak memperingati orang di luar sana, berhemah ketika berbelanja, tak salah nak berbelanja, tetapi ingatlah walaupun raya hanya setahun sekali, bukan bermakna kita perlu habiskan duit dalam musim raya, kita juga kena fikir sakit demam, education anak-anak yang sememangnya lebih penting. kalau yang sememangnya orang berada, go on, habiskan baju raya di shopping complex.haha. chaiyok!!!

P/S : fokus utama, berhemah ketika berbelanja

Saturday 6 August 2011

Kalau la sikap macam ni..

Salam semua, salam pagi dan salam ceria dari fendi,



Mentang-mentang la sekarang ni puasa, asyik attach pic mandi je.haha. Alhamdulillah, dah genap seminggu kita berpuasa, so macam mana korang rasa?letih?tak bermaya?lemah longlai?, come on friends, Ramadhan come only once in a year, bersemangat k

Apa kena mengena dengan entri di atas?apa yang fendi nak sampaikan pada hari ini berkenaan sikap kita, ada dua sikap orang kita yang tak boleh dibuang bahkan makin menjadi-jadi. Nak tahu tak apa dia? Yang pertama Malas, dengki dan asyik mengata orang,cerca, hina dan seangkatan dengannya. entri ini juga untuk merawat hati bagi fendi sendiri supaya dapat menjadi manusia yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Sembahyang terawih setahun sekali tak pernah datang, (bagi yang tak datang ye.hehe). Bayangkan ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita, pahala yang dilipat gandakan oleh Allah disia-siakan oleh kita. Menyibukkan diri dengan persiapan raya dan kuih raya. bukan tak boleh tetapi buatlah secara sederhana sahaja.

 ‎"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


P/S : moga dapat memberi ilmu pada orang lain.



Wednesday 3 August 2011

Perempuan dan Hati

Salam semua,


sejuknya mandi air terjun,oppss, bukan dalam puasa ok, gambar nie diambil semasa perkelahan di sungai Kanching area selayang dengan senior-senior. kenapa la fendi cerita pasal air terjun plak ni, entri perempuan dan hati.haisshhh.bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.keh3

Ada apa dengan perempuan, ada apa pula dengan hati?kenapa hati sering dikaitkan dengan perempuan? fendi terasa ada perkaitan antara keduanya. nak tanya kepada blogger perempuan, kenapa perempuan asyik menangis?

Hati dan permpuan dapat diibaratkan seperti biskut dan air milo.hehe. cuba korang masukkan biskut kedalam air, mesti jadi lembik kan? fendi nak gambarkan di sini, hati perempuan sangatlah lembut, senang terguris dan rasa sakit yang amat sangat apabila disakiti.

Bagi yang berpasangan, cubalah dengan sebaik mungkin, janganlah curang, cuba belajar pada yang satu, pernah fendi baca satu kata-kata, perempuan seperti ikan, jika lelaki dapat mengailnya, jangan la dilepaskan kembali kerana ikan tersebut akan sakit apabila dilepaskan.

P/S : Entri melalut dari fendi

Tuesday 2 August 2011

Lamanya cuti, kenapa tak update blog?

Salam semua,


Kemana la fendi ni, lama x update blog, selalunya kalau bangun pagi, dah ada entri baru, tapi, dah dekat sebulan tak ada entri, fendi sakit ke?fendi busy ke?haha. semuanya bukan wahai blogger-blogger. Untuk pengetahuan semua, fendi sekarang tengah menjalani fitness training programme, so agak penat dan malas nak tekan keyboard.hehe

Rasanya masih belum terlambat untuk fendi mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya ( baru dua hari puasa dah wish selamat hari raya)haha. Apa yang penting di sini, kita semua termasuk diri fendi hendaklah mengzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana sebagai umat Islam kita telah dipilih oleh Allah untuk menghuni madrasah Ramadhan pada tahun ini. Sekolah Ramadhan inilah yang melatih kita mengawal nafsu yang ada pada diri kita.

So, dalam masa sebulan fendi x update, banyak perkara yang mungkin fendi ketinggalan, dari segi isu semasa dan yang penting sekali, blogger-blogger sihat tak?hehe. terima kasih kepada bro khairul kerana menunjukkan keprihatinan yang tinggi kepada blog fendi. InsyaAllah, lepas ni, korang semua boleh tengok blog fendi yang usang ni.hehe


P/S : keep in touch ya, selalu la datang jenguk blog fendi ni.