Tuesday, 2 August 2011

Lamanya cuti, kenapa tak update blog?

Salam semua,


Kemana la fendi ni, lama x update blog, selalunya kalau bangun pagi, dah ada entri baru, tapi, dah dekat sebulan tak ada entri, fendi sakit ke?fendi busy ke?haha. semuanya bukan wahai blogger-blogger. Untuk pengetahuan semua, fendi sekarang tengah menjalani fitness training programme, so agak penat dan malas nak tekan keyboard.hehe

Rasanya masih belum terlambat untuk fendi mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan Selamat Hari Raya ( baru dua hari puasa dah wish selamat hari raya)haha. Apa yang penting di sini, kita semua termasuk diri fendi hendaklah mengzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana sebagai umat Islam kita telah dipilih oleh Allah untuk menghuni madrasah Ramadhan pada tahun ini. Sekolah Ramadhan inilah yang melatih kita mengawal nafsu yang ada pada diri kita.

So, dalam masa sebulan fendi x update, banyak perkara yang mungkin fendi ketinggalan, dari segi isu semasa dan yang penting sekali, blogger-blogger sihat tak?hehe. terima kasih kepada bro khairul kerana menunjukkan keprihatinan yang tinggi kepada blog fendi. InsyaAllah, lepas ni, korang semua boleh tengok blog fendi yang usang ni.hehe


P/S : keep in touch ya, selalu la datang jenguk blog fendi ni.

Post a Comment

Post a Comment