Saturday 2 November 2013

Thor : The Dark World bersama Sushi King

Salam semua,

                 


 Anyone else? hehe. ok, actor thor dah selamat sampai Malaysia setelah penat beraksi untuk tayangan pertama hari tu. so, how? is it valuable for your money? haha. of course la kan. muka hensem, badan sado, tak kan  la korang tak minat. untuk pengetahuan korang, hammer thor ni hanya boleh dibawa oleh thor sendiri. kalau nak diikutkan, kalau thor dah lesap dari dunia lakonan, fendi la pengganti thor. kahkahkah. "Waiter, Matcha Float Volcano satu." counting, 1..2..3..taraaa

Matcha Float Volcano, so yummy! only at Sushi King
 kejap ye kawan-kawan. fendi nak pergi simpan hammer thor. rasanya macam tak boleh letak dekat luar lama-lama. ada mata-mata sedang memerhati. haha. korang berangan jela walaupun untuk seribu tahun sebab korang memang tak larat nak angkat penukul tu.kahkahkah. ayat poyo!. "bro, nak try jugak boleh?"boleh, korang pegi ke rangkaian GSC untuk dapatkan hammer Thor limited edition. so, nak tgok tak mana fendi simpan?

fendi rebahkan je, penat pegang
if korang nak dapatkan penukul ni, korang dikehendaki membeli set Jumbo 3 di GSC cinema dan dapatkan penukul dengan harga RM2. RM2 ok! fendi harapkan korang masih berpeluang untuk beli. kalau tak dapat, jangan mengada-ngada nak nangis.hehe. "eh, bila awak oder ni? masa awak tengah berlakon tadi saya dah orderkan. Nah, try ni..

Price based on plate colour
awak suapla, saya tak pandai makan pakai chopstick. ok, kelakar.hehe. ni first time fendi try makan dekat sushi king. nampak macam pelik kan? tapi ketulan-ketulan tu just nasi dan rasa pun macam nasi.haha. "price bro?" harga adalah berdasarkan warna pinggan. kalau pinggan ungu, harga RM6, warna biru RM2, warna pink, percuma!haha. tak la, fendi lupa harga dia. tapi bawah RM6. if peminat-peminat blog jom makan belum pernah try, disarankan jangan ambil banyak. kalau rasa sedap, baru ambil lagi. Jangan Membazir taw!

Thanks Thor and Loki

ala, dia ni memang suka buat orang jealous taw! maaf ye peminat, fendi nak cakap botol ni memang lawa. ada loki dan thor tu. ada sign sekali taw! tolong jangan percaya. haha.  botol limited edition ni korang boleh dapatkan di Burger King. "mesti kena beli kombo lagi kan bro?" eh tak, korang boleh je walk-in beli. harga RM13. iklan nuffnang pun kadang-kadang tunjuk iklan thor. kalau korang rasa mahal nak beli botol thor, boleh la klik iklan tu, percuma je korang. hihi. iklan sebentar bersama Auntie Anne. Layan!!



sekarang fendi dah addicted to auntie anne. bila makan, rasa nak lagi.hahaha. "eh, semalam kan dah makan?" ala, nak lagi, nak lagi. over sangatkan kau fendi. harga dalam RM4. so, sekarang fendi nak pergi mandi, orang rumah ajak makan auntie anne.kahkahkah.

Yang Ikhlas,
Wartawan Sushi King bersama Thor

Friday 1 November 2013

Coffee bean

Salam semua,

                    blog kembali bersidang.hahaha. dah berapa lama fendi tak datang bercanda di sini. sapu lantai blog dulu pastu adjust sikit header tu bro..opppsss, header baru tu, elok-elok sikit sapu tu..haha..dah lama fendi tak tinjau blog ni, nasib la blog ni tak merajuk dan nuffnang still lagi melekat dekat blog.Alhamdulillah. Hampir 9 bulan fendi tak buat entry. "agak-agak la bro, atleast post la entry seminggu sekali, kitorang tunggu entry dari kau". ok, itu hanya angan-angan di petang hari..haha.. sebelum fendi teruskan cerita kisah poyo kenapa blog ni tak diupdate, jom kita minum shake daripada coffee bean dulu..


uummpppp, sedap gile ok. haha. tekak pun dah basah dengan vanilla milk shake. kalau nak boleh dapatkan dekat coffee bean kafe berhampiran dengan anda. harga dalam lingkungan RM13.90. "kitorang dah terliur tengok gambar bro, cepat la cerita kenapa bro lesap 9 bulan bro, lepas ni kitorang nak terus pergi coffee bean". ok2, semua jangan bergaduh..duduk la dulu kawan-kawan..actually fendi tak lesap ke mana pun cuma tak tahu arah tuju blog ni sebenarnya..kejap entry pasal makanan, kejap entry pasal hobi, kejap entry pasal kereta dan lain-lain.haha. so dalam beberapa bulan fendi terpikir, "bro, kau ni tipu la, baru semalam kau dapat idea".haha. fendi nak bawa blog ni dengan berita-berita makanan je. atleast blog ni dapat dijadikan rujukan kepada blogger-blogger yang awesome dekat luar sana ataupun pembaca-pembaca blog.


ok, kita beriklan sebentar dengan chicken pie dan kek from coffee bean. "alahai, baik betul bro ni, dengar cerita die lesap pun dapat kek". Jemput minum semua, jemput minum isteri.opppsss.haha. "bro, harga?" fendi rasa dalam lingkungan RM6 bagi chicken pie dan RM7 untuk kek yang gojes. sedap tak kawan-kawan?haha. memandangkan kawan-kawan terdiam, sedap la kan. Alhamdulillah. "bro, nak lagi boleh?" boleh, korang cari GPS, pastu korang turn la stereng korang sampai jumpa coffee bean, dekat situ banyak lagi lebih, membazir kalau korang tak makan.haha

kawan-kawan, dah magrib ni..korang balik la dulu. fendi nak berjemaah dengan isteri ni. lain kali kita conteng lagi wall blog ni.haha. "bro, jangan sampai 9 bulan dah la"..ok2, lepas ni korang boleh usha lagi blog ni tanpa rasa hampa dan was-was. ekekeke

Yang Ikhlas,
Wartawan Coffee bean

Tuesday 22 January 2013

Secret Recipe

Salam semua,

          Alhamdulillah bagi sesiapa yang terjaga untuk sembahyang subuh samaada secara individu ataupun solat berjemaah, moga-moga kita berada dalam golongan yang diredhai Allah. So, dah order roti canai, telur separuh masak dan milo panas? memang terbaik kalau layan pagi-pagi sebab itulah nikmat hidup di Malaysia yang kaya dengan pelbagai makanan dan minuman yang sedap2, Alhamdulillah. Then, apa cerita pagi ni? ada plan untuk ke mana2? hopefully apa yang korang plan pagi ni dipermudahkan Allah and sesiapa yang berkerja tu, niatlah untuk mencari rezeki yang halal untuk isteri dan anak-anak. dia ni nak bagi kuliah subuh ke?haha. xdela, adie just nak bagi sedikit nasihat kepada readers and followers atau sesiapa saja yang membaca blog adie. Maklumla, dalam kita menulis blog, cuba sampaikan cerita yang bermanfaat dan info-info berguna kepada pembaca, so xdela rasa menulis blog ni satu kerugian.

ni bukan satay Haji Samuri ok, gambar atas ni adalah chicken satay secret recipe. how about the taste? not bad tapi still can't beat Haji Samuri satay. texture satay secret recipe agak lembut and mostly dipenuhi dengan isi ayam and buat si diet, jangan bimbang, tiada lebihan lemak pada satay ni.haha. ok, adie nak tunjuk gambar yang lagi meleleh. jom layan..



ok, ni adalah meal yang adie pilih masa pergi SR minggu lepas. Gambar pertama ialah chicken lasagna and gambar kedua ialah Seafood Thai Spagetti. both were quite good but i prefer chicken lasagna if i have chance to visit SR again. 




terliur tak? gambar di bawah ialah vanila milkshake and oreo milkshake. MEMANG TERBAIK! haa, kan dah naik capital letter. serius memang sedap. kalau sesiapa ada kesempatan boleh la try dekat SR. harga segelas vanila milkshake kalau tak silap RM8.90. tak terlalu mahal kalau nak dibandingkan dengan restoran lain. beralih kepada brownie ni atas, ia disaluti dengan choclate cair and memang terliur kalau dihidangkan di depan mata. kalau adie yang tengah type ni pun boleh terliur, kalau readers xtahu la kan?hehe

p/s : i give 4/5 to secret recipe.

Saturday 19 January 2013

Kenny Rogers Roasters

Salam semua,

           oppss, dekat RTC ke sekarang? tengah scalling gigi and sekarang ni tengah makan nasi goreng tanpa sayur.hehehe. "jangan minum air ais ok, nanti sakit pulak gigi tu. ok stop adie, you are mentioning about kenny rogers roasters, but now you are telling about your " mrs dwoolie". sebelum semua orang hampa dengan adie, lebih baik adie tutup cerita ni.hahaha. so, ada sesiapa yang pernah berkunjung ke kenny rogers roasters? apa kritikan yang anda beri? of course semua orang akan bercakap tentang kesedapan ayam dan muffin yang menjadi trademark bagi restoran ini. jom usha gambar pertama officially from KR.


        Adie pilih kalau tak silap 1/4 ayam BBQ with 3 sides dish. side dish korang pilih samaada nak buah-buahan, jagung dan kentang lenyek.haha. as usual, adie dah lupa nama side dish yang lain. so inilah yang mampu adie ingat. "mrs dwoolie, what the name of these side dish?".hehe. sorry guys, mrs dwoolie is not available at this time. i hope you guys can ask mrs dwoolie because she is the only expert i have at remembering the food's names.hihihi. ok, adie berhenti sekejap daripada melalut and now, adie provides all of you with very meleleh food and drink. 









           ok adie terasa lapar and dahaga bila tengok balik gambar yang adie ambil. " this time i just used old sony ericson''. i just mentioning ok.hehe. so, what about harga? apa yang adie dapat mentioned ialah harga setanding dengan kenikmatan yang anda akan peroleh. hehe. dont wait and hit KR now!!

p/s : sekian sahaja laporan makanan daripada adie

Thursday 17 January 2013

Bubba Gump Shrimp Sunway

Salam semua,

           lama juga tak menjengok blog kesayangan ni. Alhamdulillah, hari ni adie diberi kelapangan untuk update berita and cerita yang semua dah tahu x la gempak mana pun.haha. (ada aku kisah?). so, tak lain tak bukan mesti cerita tentang makanan dan makanan. it all about foods. i love food very much tapi badan tak naik2, jeles tak? kahkahkah. sepanjang adie belajar di Kampus UKM kuala Lumpur, banyak benda yang adie dah cuba terutamanya makan di restoran-restoran yang popular. bagi adie sendiri, memang trend sekarang student IPT lebih cenderung untuk membeli gadget-gadget yang paling latest and nampak smart, tap bagi adie sendiri, memilih untuk makan di restoran2 yang sedap merupakan salah satu kepuasan yang tidak terhingga. (kalau jiwa suka makanan, apapun tak boleh.hehe). Orait, stop adie, awak dah melalut jauh, kembali fokus ok!. ok, untuk post kali ni  gambar makanan from bubba Gump Shrimp Sunway.

Kena tanya orang rumah nama makanan ni, suma benda dia ingat. adie bab2  makan ok la.haha





ok, now tengok gambar yang ketiga, kenapa ada caption " RUN FOREST RUN" ? for your information, actually restoran Bubba Gump Shrimp ada tarikan yang tersendiri and bagi adie ini adalah something a new experience for me. "RUN FOREST RUN bermaksud worker in Bubba Gump Shrimp tidak akan berhenti atau dengan maksud lain hanya melalui meja kita tanpa service. so how to make order? we have to turn the RUN FORREST RUN into STOP FORREST RUN if i,m not mistaken. so now, worker in Bubba Gump akan berhenti and provide his/her services to us. menarik kan? angguk kepala if it is true.hehehe





Sorry for not add in the name of these foods.hehe. adie dah lupe. so how about the taste? i cant said anythings because its trully marvellous.haha. english pun tunggang terbalik. if u all visit sunway pyramid, jangan lupa untuk singgah di Bubba Gump shrimp. ia terletak di tepi pintu masuk utama sunway pyramid if tak silap. sekian saja laporan dari adie sebagai wartawan jalan-jalan cari makan yang tak berapa official.hahaha

P/s : adie suka makan.hehe