Saturday, 13 August 2011

Shopping Raya - Berpada-pada ok

Salam semua,


Raya pun dah semakin tiba, sembahyang terawih yang pada awalnya memenuhi saf di surau kini beransur sedikit, sibuk buat kuih raya kot?haha. apapun tak kisahlah sebab empunya diri masing-masing yang menentukan mana yang terbaik. Jika takut menegur kucing, jangan pula menyapa singa.hehe

Berbalik kepada entri shopping raya fendi, shopping + raya = bergaya ataupun berhutang? mana satu pilihan korang semua, bergaya tetapi berhutang ataupun bersederhana dalam senang.haha.  sekarang ni shopping complex mula memancing undi, oppsss, memancing pelanggan dengan sales yang gila-gila, ada yang sampai 80%, memang kelabu la mata tu untuk memilih, walaupun murah tetapi kalau terlalu banyak yang diambil, mesti la bertimbun jumlahnya kan?

Orang cakap, alah membeli, menang memakai, jangan kita menjadi seperti anjing dan bayang-bayang, tamak haloba, tup-tup yang pakai kredit kad, bagi fendi, fendi lebih suka bayar cash daripada swap kad kredit, memang lah satu trend sekarang ni, tetapi trend inilah yang menyebabkan kita dibelenggu hutang piutang yang banyak. Pakai smart bergaya dengan memegang kad kredit di kaunter-kaunter, beginilah sikap orang kita, berlagak bukan pada tempat yang sepatutnya.

banyak jugak yang fendi membebel kan,haha. bukan sebab apa, nak memperingati orang di luar sana, berhemah ketika berbelanja, tak salah nak berbelanja, tetapi ingatlah walaupun raya hanya setahun sekali, bukan bermakna kita perlu habiskan duit dalam musim raya, kita juga kena fikir sakit demam, education anak-anak yang sememangnya lebih penting. kalau yang sememangnya orang berada, go on, habiskan baju raya di shopping complex.haha. chaiyok!!!

P/S : fokus utama, berhemah ketika berbelanja

3 comments:

  1. peringatan yang bagus di musim nak raya nie...heee=)

    ReplyDelete
  2. thn ni pki baju hat thn lepas jer

    ReplyDelete