Alhamdulillah, masih lagi dipanjangkan umur untuk menghirup udara di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikelilingi Ibu bapa tersayang, adik beradik, sahabat handai, dan persekitaran yang mendamaikan di dalam Kolej Tun Syed Nasir. Bangun saja dari tidur, terkebil-kebil cari handphone, dalam hati, sapa plak yang curi handphone aku ni, aisshhh. Rupa-rupanya, handphone tertidur bawah katil.haha. macam mana boleh jatuh tu fendi? (tidur buas ke?) eh mana ada, aku tido sopan je.
2 sms daripada sahabat handai, sebelum tu nak menitiskan air mata dulu, :( ayah kepada salah seorang sahabat telah kembali Rahmatullah. Sayu jugak hati bila dengar berita tu, apapun, sama-samalah kita hadiahkan al- Fatihah kepada arwah, moga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh. Begitulah kitaran hidup manusia, tidak kira kaya atau miskin, berpangkat ataupun kuli, kurus atau gemuk, muda atau tua, semua akan kembali mengadap Ilahi untuk Allah menilai sejauh mana ketaatan semasa kita hidup di dunia. Baikkah kita?Jahatkah kita?apa yang kita buat di dunia? adakah kita berjasa kepada kedua ibu bapa kita? semua persoalan itu mampu dijawab oleh setiap orang.
Indahnya hidup kita kan? walaupun dalam kehidupan yang kita lalui sekarang, banyak masalah, banyak ujian, banyak assignment.opppss, sebenarnya mengajar kita menempuh kehidupan di dunia. Kita lapar, Allah memberikan rezeki. tetapi bagaimana? dengan cara kita berusaha. Dalam pepatah arab ada menyatakan, (alhamdulillah, fendi sempat belaja bahasa arab.hehe). (siapa yang menanam, dialah yang mendapat hasilnya). bukan tanam macam kebun tu saja, menanam di sini bermaksud berusaha. so, ambillah peluang di waktu muda untuk mencari kekayaan. Hampa pernah dengar x kata-kata macam nie (tangan yang berada di atas adalah lebih mulia daripada tangan yang di bawah), di sini, agama kita sendiri yang menyeru kita untuk menjadi kaya. indahkan hidup ini? adil dan saksama kepada sesiapa yang berada landasan yang betul.
P/S : indahnya hidup
x takot kena langgaq ka fendi ?
ReplyDelete