sunyi dan tenteram, hanya bunyi cengkerik dapat ku dengar, lepas makan tadi aku terus ke bilik, entah la, rasa syahdu dalam hati ini, mungkin sedang memikirkan sesuatu yang membuatkan hati ini rasa tenang. aku terpandang buku GenQ yang aku beli beberapa bulan yang lalu, belum tersentuh lagi dek kerana bukan tiada masa, tetapi penyakit malas yang berpanjangan. Aku pun buka secara rawak, mungkin ada halaman yang enak dibaca dan aku memilih muka surat 63 untuk dikongsi bersama-sama mutiara kata dari Imam As-Syafii.
- Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak, kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
- Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
- sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.
- Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang hendak akhirat, juga hendaklah mencari ilmu.
- Seseorang tidak berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
- Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
- Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
- Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ilaha insan yang tidak melihat kemuliaannya.
- Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu diakhirat.
- Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.
P/S : hayati, moga dapat manfaat bersama.
suka entry nie..:)
ReplyDeleteyeah.. kepentingan ilmu. Ilmu dan harta dua-duanya kita cari.. tapi..
ReplyDeleteharta kena dijaga kita, tetapi ilmu menjaga kita.^^