Sunday, 15 January 2012

Layakkah KIta

Salam semua,

           bangun2, dah pukul 9 ni, aku pun baru je bangun,kehkehkeh. layakkah aku? layakkah kita? (apa yang layak fendi?inform la kat sini, cepat!!). sabar la, aku baru nak cita ni, sebelum tu, usha dulu gambar ni ok.


       
           Ramai yang mengimpikan bidadari dunia, tetapi apabila kita lihat kembali diri ini, akan timbul satu persoalan di mana kita sendiri tahu jawapannya. Dalam Surah An-Nur, Juzuk 18, ayat 26


Terjemahan :  (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

           Duduk di depan cermin, tataplah muka kita dan tanyalah diri dengan penuh keinsafan, apakah aku ini layak untuk orang-orang yang baik Di sini, aku memperingati dan berpesan kepada diri aku sendiri, jadilah makhluk Allah yang memberi manfaat kepada orang lain. Jika kamu pemimpin, jalankan tanggungjawab yang diberikan, jika kamu pelajar, kejarlah ilmu tanpa merungut kepenatan kerana kepentingan menuntut ilmu ada dinyatakan oleh Imam Syafii, menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat. Menjadi baik adalah kewajipan dan fokusnya bukan hanya bersandarkan kepada perkahwinan, tetapi untuk kebahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah, akhlak yang baik membentuk dan membimbing kita ke arah kebaikan.

Belum Terlambat

          Belum terlambat untuk membuat kebaikkan, lakukan sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak kerana kita manusia lazimnya akan rasa terbeban, akan cepat jemu dan terus meninggalkan. kalau boleh, buat sesuatu dan tetapkan dalam hati, jadikan amalan seharian. buat checklist dan tampalkan di mana-mana tempat yang kita nampak. Jika ada kekurangan, perbaiki dan jangan lupa, jaga hubungan dengan ibu bapa dan kawan-kawan. cakapkan perkataan yang baik dan jangan bongkak. sesungguhnya, kita akan kembali ke tempat yang sama.


P/S : semoga memberi manfaat

5 comments:

  1. perempuan yg baik untuk laki yg baik.. so, nak yg baik kena la berubah jadi baik dulu... persoalan kedua : layakkah kita? hehehe

    nice share.. entry yg mgkin berkaitan : http://pening-pala.blogspot.com/2012/01/tudung-labuh.html

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..biar sikit asalkan istiqamah naa.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Aku harap sama sama la kita mendapat wanita yang solehah. Amin.

    ReplyDelete
  4. gua tak sempurna tapi gua nak bini yang sempurna, sempurna bererti dapat menjaga mak bapak gua dengan baik dan sentiase nasehat gua, jage gua. moge kite same2 jadi lelaki yang baik agar mendapat pasangan yang baik.

    gua ade komen blog brader kat blog gua. jangan lupe kutok blog gua plak hehe...
    jom jumpe jejaka hensem dan gadis cute SURVIVOR

    ReplyDelete
  5. ermm~noni pon kadang2 tertanya..layak tak noni dapat pembimbing yang mampu bimbing noni meniti hari2 noni..

    ReplyDelete