Thursday, 12 January 2012

Next Top 1 Blogger

Salam semua,


                Hang buat apa ni fendi sampai masuk lokap?haha, oppsss, aku bukan la jahat sangat sampai nak masuk dalam kotak tu. abes, yang atas ni apa? gambar aku kat atas ni sebab aku join program realiti tv blogger dibawa khas untuk tontonan umum oleh awie omar.hehe. abg jangan marah noh, fendi tolong promote blog abg ni, nak fulus. boleh? gurau je.kehkehkeh. x pasai-pasai kena kick nanti.


              Kalau setakat tayang muka tu x payah la fendi, pi la main jauh-jauh.haha. aku tengah berimaginasi interview dengan abg awie omar.kehkehkeh. agak-agak apa soklan yang dia nak tanya kat aku? ada percentage x dia nak cakap kat aku macam ni, (fendi, awk tidak layak).kehkehkeh. ataupun macam ni, (superb la ko punya blog , camne ko buat?)haha. yang kedua ni memang angan-angan je la, kalau yang first tu mungkin.haha.

            So, apa tujuan aku join program ni? antara the most important things is aku nak tambah kenalan, itu je yang aku harapkan, bertegur sapa dekat shoutbox, perli-perli dekat shoutbox. itu bukan mohammad affendi.kehkehkeh. secondly, aku nak naikkan semangat blogging since aku buat blog pun untuk isi masa lapang, kalau ada aktiviti berkaitan blog, macam best la sikit. contoh macam belajar la, kalau dok kat bilik study je, memang bosan la hidup macam tu.hehe.

           Apa yang aku harapkan? aku x mengharapkan apa-apa. just aku suka berkongsi tentang diri aku dan sedikit ilmu yang aku dapat, kalau ada yang lain tu, maybe hanya sekadar sampingan saja. 0ppss, affendi ke ni? tengok muka sikit, tulis macam orang sedih ja.hahaha. aku memang macam ni, kalau part aku serius, orang nak tegor aku pun x berani, rela lagi diorang jumpa harimau kat hutan.kehkekkeh. cukup fendi, berhenti mengarut!

P/S : pesanan dari pihak penaja, blogging seperti biasa.
                                 

Wednesday, 11 January 2012

Pavilion

Salam semua,

                   Morning darling,oppss. aku mana ada bini lagi.heee. sudah2, pagi-pagi dah melalut. sebut la Alhamdulillah ke, baru la hidup tu berkat. yang aku tengok dalam drama tu, bangun-bangun je terus ambil tuala pegi mandi. kalau ye pun sebut la ucapan syukur dulu, baru jadi muslim the best. Cerita aku x bersangkut langsung dengan tajuk entri aku.hahaha.

kek coklat berais
             Sedap tak tengok kek coklat kat atas ni? kepada yang tengah puasa sunat, aku mintak maaf banyak-banyak, bukan niat aku nak batalkan puasa korang.kehkeh. Kalau korang nak try, cuba atau test, pergi la ke The Manhattan Fish Market (kesegaran ikan bermula di sini).opppsss, ayat aku sendiri.hehe. tetapi memang top la (gaya ala-ala jalan-jalan cari makan). aku kalau bab makan jenis yang x berkira sangat, but the most important, mesti on budget k. nanti x pasai-pasai kena kerja tukang cuci lantai kat restoran tu.haha. 

sedap x?

                     Aku dah lupa nama nasi ni, yang aku ingat ada chicken kat depan, chicken bla..bla.., mungkin ayam ngan aku dah sinonim a.k.a adik beradik.haha. lembut kot ayam dia, kalau iklan sunsilk ( guna jari pun boleh, tapi kalau yang ini (guna lidah pun boleh)kehkehkeh.


                    Hai, kenapa ada dua meal ni?haha.oppss, jangan pikir bukan-bukan, dua-dua tu aku punya.hehe. banyak x? dengan mayonis, ditambah dengan ikan yang rangup tetapi lembut di dalam, ditaburi dengan sayur campur, perrhhh, memang terbaik la gua cakap. bila korang makan ni, rasa feeling macam lepas kahwin.hehe. maksud aku lepas kahwin tu bahagia la. Yang ni namanye manhattan fish and chip.

Gummy bear

                  kalau makan saja xdak air, nampak sangat menipu kan?haha. so aku pun order gummy bear, memang nama air nie namanye  gummy bear, jangan ingat bear hanya dijual dikedai cenderamata, bear kat restoran ni pun ada gak.kehkehkeh. yang warna biru tu jelly a.k.a macam kenyal-kenyal. tapi bila minum xla rasa macam jelly sangat sebab dah terlarut dengan air, in other words ( dah mula dah mata biru.hehe) air dia memang tip-top.

tengok signboard pun jadilah
               aku x makan kat kedai ni pun, just signboard dia macam menarik, lagipun perut aku dah kedepan masa tu, mana larat lagi nak bantai.hehe. actually aku pergi pavilion semalam untuk lepaskan stress tahap pertama, tinggal lagi satu paper untuk aku harungi. korang semua baik kan? doa-doakan la aku. hopefully aku dapat lulus walaupun bukan dengan flying colours.kehkehkeh.


P/S : nak jadi top blogger (angan-angan mat jenin)


Monday, 9 January 2012

Halwa Pagi

Salam semua,

                    Sebagai halwa pagi untuk hari ni, aku nak selitkan sebuah cerita jenaka pendek. bak kata orang, mulakan pagi dengan bersemangat, lunturnya semangat, lunturlah harapan,lunturnya harapan, lunturlah cita-cita, lunturnya cita-cita, lunturlah nikmat dunia. Rasailah aura semangat anda.haha

Ayam : Pada suatu hari, ayam menghiasi dirinya dengan manik-manik yang sangat cantik pada setiap helaian     bulunya.

Ayam : ayam bermonolog sendirian, "cantik jugak aku ni, aku rasa pasti aku menang, kalau nak dikutkan ayam lain, elok lagi aku dressing". (lalu ayam pun keluarlah reban dengan bangganya, ditatapi dirinya oleh seluruh kaum kerabat ayam yang lain, "wah, cantiknya!" sesekali si ayam tadi berkokok-kokok tanda berterima kasih. Dalam perjalanan ke tempat pertandingan, terserempaklah si ayam dengan si kambing.

Kambing : ayam, mana hang nak pi? lawa bebeno

Ayam : aku hendak pergi ke pertandingan ayam tercantik di kampung seberang dan hendak melihat reaksi engkau wahai si kambing, "cantikkan aku?"

Kambing : Secantik-cantik engkau tetap berkaki ayam kan?

Ayam : engkau mengata aku ye, engkau pun apa kurangnya.

Kambing : Kenapa pulak si ayam?

Ayam : harap ja berjanggut, tapi masih nampak "TELUR"



P/S : moral story ( biarlah percakapan selari dengan tingkah laku.

Kata-kata Imam Syafii tentang kehidupan

Salam semua,

                    sunyi dan tenteram, hanya bunyi cengkerik dapat ku dengar, lepas makan tadi aku terus ke bilik, entah la, rasa syahdu dalam hati ini, mungkin sedang memikirkan sesuatu yang membuatkan hati ini rasa tenang. aku terpandang buku GenQ yang aku beli beberapa bulan yang lalu, belum tersentuh lagi dek kerana bukan tiada masa, tetapi penyakit malas yang berpanjangan. Aku pun buka secara rawak, mungkin ada halaman yang enak dibaca dan aku memilih muka surat 63 untuk dikongsi bersama-sama mutiara kata dari Imam As-Syafii.

  1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak, kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang hendak akhirat, juga hendaklah mencari ilmu.
  5. Seseorang tidak berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ilaha insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu diakhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.


P/S : hayati, moga dapat manfaat bersama.

Sunday, 8 January 2012

Buta hati buang ayah, ibu

Salam semua,

                    Zaman dah terlalu senja sekarang, ibu bapa dianggap orang asing bagi sesetengah orang di negara kita. aku baru terbaca metro edisi Isnin, 09 Januari 2012.  petikan dari metro aku ambil buat tatapan semua.

                 " KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan ‘angkat kaki’.
                  
Taktik ‘Tanggang’ itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.
Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.

“Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya"



P/S : hargailah ibubapa anda selagi mereka masih ada

Mr Pharmacology

Salam semua,

                   

                    Petang-petang macam nie memang buat aku ringan tangan nak update blog even esok killer paper.hehe. daripada aku tidoq petang, baik aku latih badan aku jadi rajin. "rajin update blog". mr pharmacology, i hope u will be ok tommorow, dont make me suffer. (sedang bercakap dengan subjek kegemaran aku.( ishhh, dia nie dah tak betoi ka apa, cakap dengan paper exam). hampa nak taw tak pharmacology tu apa? secara general, phamrmacology study bab ubat. ubat yang hampa guna tiap-tiap hari tu macam ubat batuk, sakit perut, patah hati.opppsss, patah hati tanya doktor cinta k.kehkehkeh

ini la yang aku belajar, hope semua faham k.hehe

                       tengok gambar kat atas, faham tak?haha.aku pun tak paham. dulu masa aku kecik-kecik (kecil-kecil) aku terfikir gak, macam mana dadah buat orang euphoria (rasa syok). macam mana action dia kat badan kita? tak kan telan-telan terus rasa best kan, kalau makanan kita telan rasa sedap sebab kita dah taw makanan memang sedap, tapi kalau ubat, mana la sedap kan, ada 2 3 jenis saja yang manis, yang lain pahit kot. so selepas aku belajaq subjek nie, aku dah faham mekanisma dadah-dadah bekerja. teruk betoi la dadah nie bantai badan kita dalam kata lain silent killer.hahaha. aku tak dapat bagi full explaination taw, haha, dah masuk medical term ( term perubatan) nanti, takot hampa semua meluat kat aku sebab tak paham. kehkehkeh. (gurau petang saja noh)

P/S : jumpa lagi nanti

Friday, 6 January 2012

Aku dan En. Exam


Salam semua,

                   Hai, harap semua sihat sejahtera, kepada blogger-blogger yang tengah menunggu entri baru dari fendi, terima kasih fendi ucapkan.teetttt. macam la hang popular sangat.haha. follower baru 224 nak bising. dari minggu ke minggu, rasa macam cepat sangat hari berlalu, tup-tup dah masuk 2012 dan hari ini bersamaan 06.01.2012 bermakna juga umur akan semakin menghampiri hari tua. macam tulah putaran hidup kita seharian. korang perasan tak, dalam seharian, tak banyak pun aktiviti yang kita dapat buat. contohnya macam fendi sendiri, pergi kelas pukul 8, balik pukul 4 dan kalau badan masih larat, fendi pergi main bola. So, bila dah abes main, hari dah pun malam. Then, putaran ini akan berlaku setiap hari. cepat sangat kan korang? hehe. umpama zaman ferrari la sekarang nie.

                 Dah melalut panjang dah ni, dah la tak bertepatan dengan tajuk.haha. you all tahu tak napa fendi tak post entri tiap-tiap hari? (isshh, budak ni perasan la, sapa la nak taw hang buat apa. bukan penting pun, kalau hang Aaron Aziz takpa la jugak). fendi tak kisah pun orang nak cakap pa.hehe. what so ever..kehkehkeh. dah nak masuk minggu kedua fendi exam, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. kesihatan fendi pun ok, cuaca, makanan, dan semuanya ok. tapi, masih tergiang-giang jugak soalan exam masa fendi tidoq, harap-harap lulus. amin. 

               Dalam minggu exam ni pulak, banyak benda baru berlaku pada diri fendi.haha. macam suspen ja. selalunya bangun subuh pun lambat, tapi sekarang pukul 5.30 dah bangun.haha. ketaq punya pasai. then, muka buku a.k.a facebook pun jarang bukak, then kedudukan fendi semuanya berubah. kadang-kadang atas lantai, kadang-kadang dok atas kerusi, kadang-kadang baring atas katil a.k.a tidoq la.haha. syok pulak bila fendi dalam alam pembelajaran nie. moga-moga dapat jadi renungan dengan anak-anak nanti.kehkehkeh. rasanya sampai sini dulu kot fendi tulis, ada masa nanti fendi update lagi ok.

apa hal la adik aku tu.haha

P/S : ceria-ceria selalu