Keinginan mengatasi keperluan, banyak sangat benda yang perlu kita merayu di hadapan Allah tetapi dilepaskan dalam laman media, tak kisah lah facebook, twitter and what so ever, pokoknya kena tanya kembali diri kita. Apa fungsi kita post di laman sosial? untuk mendapat pujian hasil kepandaian dan kebijaksanaan ataupun berkongsi informasi berguna kepada teman-teman. Sangat tidak matang apabila memberitahu perkara-perkara di mana orang sampai benci nak tengok dek kerana bukan disebabkan dengki ataupun cemburu, tetapi sikap yang tak setanding umur.
Sujud syukur ataupun buat nazar kalau berkemampuan adalah kunci sebenar seorang Muslim. Aku pun bukanlah golongan yang baik-baik, tetapi pada firasat aku yang banyak melakukan kesilapan, alangkah baiknya kita berdiam dalam bersyukur. Konsepnya tetap sama, untuk mengelakkan riak dan takut-takut kita terlupa siapa yang memberi nikmat tersebut. Boleh sekiranya ingin berkongsi nikmat yang diberikan oleh Allah dengan orang lain, tetapi, sendiri kena ingat, jangan sampai kita memuji diri sendiri dan percaya segala apa yang terbentang di hadapan kita adalah 100% daripada usaha kita. Kalau kita berfikiran yang sedemikian, elok kita muhasabah balik dan kembali kepada fitrah sebagai seorang Islam.
Siapa yang tak sukakan pujian? aku percaya kerana diri aku sendiri sukakan pujian. Sikap low profile adalah perlu pada waktu-waktu tertentu. contohnya mudah sekali, kita sembahyang sunat sehari semalam ( semalam aku buat solat sunat sampai menangis ), perlu kita memberitahu semua orang? kerana Allah pun menjaga keaiban kita. Pernah aku dengar, janganlah kamu semua memberitahu sesuatu yang kamu lakukan pada sebelah malam. maksudnya di sini, tidak semua perkara perlu dibangga-banggakan. cukup sekadar Allah yang tahu.
P/S : Ingatan untuk diri
Singgah ke sini sebentar. Nak jemput tengok entri ini.
ReplyDeletehttp://awieomar.blogspot.com/2012/02/next-top-blogger-1-episod-6.html
terima kasih kerana bersama NTB1.
sorry lama x singgah
ReplyDeletesangat tak suka bila tengok ada orang post let say macam berdoa at wall fesbuk...kalau nak berdoa bukan kat fesbuk..
ReplyDelete