Tuesday, 14 February 2012

Sangat Tidak Matang ok!

Salam semua,

          Keinginan mengatasi keperluan, banyak sangat benda yang perlu kita merayu di hadapan Allah tetapi dilepaskan dalam laman media, tak kisah lah facebook, twitter and what so ever, pokoknya kena tanya kembali diri kita. Apa fungsi kita post di laman sosial? untuk mendapat pujian hasil kepandaian dan kebijaksanaan ataupun berkongsi informasi berguna kepada teman-teman. Sangat tidak matang apabila memberitahu perkara-perkara di mana orang sampai benci nak tengok dek kerana bukan disebabkan dengki ataupun cemburu, tetapi sikap yang tak setanding umur.

         Sujud syukur ataupun buat nazar kalau berkemampuan adalah kunci sebenar seorang Muslim. Aku pun bukanlah golongan yang baik-baik, tetapi pada firasat aku yang banyak melakukan kesilapan, alangkah baiknya kita berdiam dalam bersyukur. Konsepnya tetap sama, untuk mengelakkan riak dan takut-takut kita terlupa siapa yang memberi nikmat tersebut. Boleh sekiranya ingin berkongsi nikmat yang diberikan oleh Allah dengan orang lain, tetapi, sendiri kena ingat, jangan sampai kita memuji diri sendiri dan percaya segala apa yang terbentang di hadapan kita adalah 100% daripada usaha kita. Kalau kita berfikiran yang sedemikian, elok kita muhasabah balik dan kembali kepada fitrah sebagai seorang Islam.

        Siapa yang tak sukakan pujian? aku percaya kerana diri aku sendiri sukakan pujian. Sikap low profile adalah perlu pada waktu-waktu tertentu. contohnya mudah sekali, kita sembahyang sunat sehari semalam ( semalam aku buat solat sunat sampai menangis ), perlu kita memberitahu semua orang? kerana Allah pun menjaga keaiban kita. Pernah aku dengar, janganlah kamu semua memberitahu sesuatu yang kamu lakukan pada sebelah malam. maksudnya di sini, tidak semua perkara perlu dibangga-banggakan. cukup sekadar Allah yang tahu.



P/S : Ingatan untuk diri

Vanila Coklat

Salam semua,

          Cerita yang bagi aku mengalahkan ombak rindu, i,m not sure and never seen ombak rindu, but daripada tajuk membuatkan aku terus tak minat. mana mungkin seorang hero dibuai ombak rindu.kehkehkeh. tapi lain pula dengan vanila coklat, tengok for the first time membuat aku terpaku, ternganga dan nak suruh tv3 habiskan cerita tu malam ni gak.haha. sangat-sangat romantik ala-ala romeo dan juliet.

         Tengok-tengok jugak, tapi jangan lupa pada content yang ingin disampaikan. malam ni jalan ceritanya sangat best but diracuni dengan watak-watak antagonis iaitu watak jahat. huhu. Agak emo aku bila tengok cerita ni tadi.hehe. (alamak, jambu habis)kehkehkeh

        Dengki dengan kebahagian orang lain sampaikan orang yang tidak bersalah yang menanggung bebanan. banyak sudah kes di luar sana di mana seseorang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri.  sangat tidak matang, tetapi itulah yang terjadi. nak salahkan siapa?


       Sabar ya amir asyraf, dirimu diduga dengan sebiji pil.hehehe. selalunya aku jarang ingat nama pelakon, dalam cerita ni, siap ingat nama penuh. terbaiklah!. susah kalau jadi orang cantik dan handsome. bila perempuan buruk kahwin dengan lelaki handsome, mulalah kata-kata belakang, (eh, dia ni mesti pakai ubat guna-guna). kenapa la fikir macam tu. Ajal, jodoh semuanya ditangan tuhan. Sesiapapun kalau tuhan mengkehendaki, every single things will be done. Yakin denganNya, jangan salahkan takdir, Allah dah menentukan yang terbaik buat kamu semua. Jika tidak baik, ia sebagai satu ujian yang perlu kamu tempuh.

P/S : jiwa jambu menyelubungi.hehe

Monday, 13 February 2012

Fikir la sendiri

Salam semua,

          Agak beremosi entri kali ni, dominasi pihak tertentu membuatkan aku seperti berguna at particular times and places. bagai menanam tebu di tepi bibir, manis berkata-kata apabila hendakkan sesuatu, bila dah dapat, pandang pun tak nak lagi. Aku berlembut bukan untuk dipijak, tapi lembut dan sopan aku untuk korang semua menilai dan hormat aku. selepas ni, buatlah aktiviti yang korang suka, yang korang minat asalkan tak ganggu urusan peribadi dan ehwal semasa aku.

        Blog ni dah macam blog peribadi kan, tapi aku tak kisah, asalkan aku lega dapat luahkan segalanya. biarlah orang luar yang tak mengenali aku yang membaca, mereka-mereka ini lebih ada perasaan daripada orang yang aku kenal selain family members yang memahami aku.

        Kenapa aku ni baik sangat? kenapa la aku selalu digunakan? mungkin selepas ini aku perlu tegas dalam membuat pendirian. yelakan, umur pun dah makin meningkat, tak kan nak berbalah pasal small matter. aku sedia maklum dan faham sangat dengan situasi sekarang.

        banyak aku rapat, banyak benda yang menyakitkan hati, bukan nak kata aku ni saja yang betul. tapi obviously aku banyak menurut kehendak mereka-mereka ini. fikir dan fikir pasal hati dan perasaan orang lain sama. mereka ni tak pernah belajar hubungan etnik ke? aku dah penat macam ni, always like this. takut dengan orang lain, aku disisihkan. sepatutnya, mereka perlulah evaluate yang mana baik dan yang mana jahat. even my name was listed early, finally list out.haha. memang best kan? tapi aku tak merajuk or jauh sekali marah. cuma aku consider sebagai jenaka zaman moden.boleh gitu?kehkehkeh.

P/S : Peace no War

Aku Dan Jam Baru

Salam semua,

          Excited sikit bila dapat jam baru even jam lama boleh pakai tapi dek kerana minat, tak boleh nak buat apa lagi.hehe. Apapun, the old watch tetap dihati walaupun ditinggalkan di dalam balang.kehkehkeh




        internet buat hal lagi, sori everyone, x dapat nak tulis panjang-panjang. apapun tinggal 6 hari saja lagi aku nak balik kolej, dah balik nanti, blog aku akan jadi seperti biasa, insyaAllah

P/S : Result kuar rabu ni.haha

Monday, 6 February 2012

Maskulin | Tips Lelaki

Salam semua,

           Selamat pagi, bangun kepada yang belum bangun, buat sedikit senaman ringan jangan terus ambil breakfast. (hang buat ka fendi)hehe. aku nasihat saja. hari ni aku nak kongsi tips lelaki iaitu penampilan maskulin. Korang pernah dengar kata nama maskulin? aku rasa lelaki yang metroseksual selalunya akan faham dengan term maskulin. Anyway, metroseksual bukan lah lelaki lembut, tetapi lelaki yang mementingkan penjagaan dalaman dan luaran. Hari ini, ia merupakan satu keperluan dimana lelaki perlu menjaga penampilan dalam menghadapi arus permodenan. contohnya, applying a job.

Jam

         
            Cara pertama untuk menampak ciri maskulin ialah memiliki jam kulit, seeloknya aku sarankan, pilihlah yang shiny sperti yang di atas ni. korang akan lebih nampak matang dan maskulin. kalau belum ada, beli dan cuba sendiri, korang akan nampak lebih yakin.

Facial Wash

         
            Penjagaan muka sangat penting bagi menampak ciri maskulin. Muka menampakkan ekspresi seseorang, kalau muka berminyak dan kusam, bagaimana nak menjalani kehidupan yang lebih yakin dan segar. aku tak sarankan yang mahal-mahal. belilah mengikut budget ok.

Perfume

         
           Penting taw perfume bagi lelaki, bukan perempuan je yang boleh pakai, sekarang ni banyak perfume khas untuk lelaki, tapi aku prefer hugo boss sebab bau dia lembut, rasa segar dan menyenangkan. jangan biarkan diri anda diselubungi bau peluh ok.

Listerine | colgate plax

       
           haa, tengk, banyak jenis listerine yang boleh korang pilih, ikut citarasa yang korang rasa selesa.hehe. bukan aku nak promote listerine, cuma aku nak korang jaga bau mulut. kalau bau macam tettt, macam mana nak berkomunikasi dengan yakin.


P/s : semoga berjaya

Friday, 3 February 2012

Jadi "cool" | versi aku

Salam semua,

           Jadi cool baru best kan? so entri ni ditujukan khas kepada kaum adam yang sememangnya terkenal dengan sifat cool (cool abes der.hehe). sejak dari azali lelaki ni cool, tapi tak semua lelaki itu cool, sesetengah garang mengalahkan perempuan. Apapun terserah kepada empunya badan, you want it, you get it (proverb yang tak dak dalam kamus)kehkehkeh

Dunia Tak Berhenti Walaupun Korang tak Sibuk

         Brother, come to my world (watpe aku masuk world hang)haha. sebenarnya macam ni, samaada korang sibuk atau tak, dunia masih berputar mengikut hukum alam. So, dalam membusykan diri dalam menyiapkan kerja, jangan lupa, kerja tidak akan habis, korang akan terus buat dan buat. seeloknya, curi sedikit masa, dan buat aktiviti yang korang suka.

Jangan Korban Apa yang Kamu Suka

          Yang ni bukan berkenaan dengan makwe atau pakwe ok.hehe. Tapi berkenaan dengan hobi atau aktiviti yang korang suka buat, contohnya macam korang minat photography, tapi oleh kerana tak dak masa, korang biarkan kamera yang mahal-mahal berhabuk, rugi kan macam tu? di sinilah gunanya penggunaan minda yang bijak, orang bijak mudah untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka.

Buat Tugas Sendiri Dulu
         
        Jaga kepentingan diri kita dulu, buat keja kita dulu. bagus kalau korang dapat bantu rakan-rakan, tapi kalau sampai keja sendri pun tak siap, xdak gunanya jugak.


P/S : Jom jadi cool



Minta Maaf | Lewat

Salam semua,

          Aku minta maaf semua sebab recently tak dapat nak update entry following to lost of connection.haha. kak aku dah bawak  balik broadand, so aku pun terkapai-kapai kat umah. malam ni aku datang sapu-sampah sikit, dah bersawang nampaknya.haha. Pengunjung pun macam dah kecik hati. Bila aku balik kolej nanti, aku akan cover balik apa yang tinggal. banyak sebenarnya aku nak cerita, tapi masalah yang tak dapat dielakkan (bajet artis kan aku ni)kehkehkeh

P/s :entri paling ringkas pernah aku buat