Monday 19 December 2011

Coretan hari ini

Salam semua

                   
                      Banyak benda pulak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tiada lagi senyuman dan gelak tawa dari seorang sahabat sehingga aku sendiri yang merasakan aku lah puncanya. Ditambah lagi dengan kesedihan yang menimpa rakan karibku dek kerana " we do for nothing". Walaupun kegembiraan terpancar di wajahnya, tapi aku yakin, pasti dia sedang menanggung masalah itu keseorangan. kenapa harus berlaku secara serentak? walaupun dengan alunan musik, namun diri aku masih tidak tenang selagi tidak membantu. memang pada luaran menampakkan aku seorang yang tidak kisah, tetapi aku sayang kamu semua. You are my part of life, we are friends, we are a family.

                   Mungkin aku tidak sebijak albert eistein, tetapi firasat hatiku banyak menolong melihat segala permasalahan. kenapa sekarang hidup kita tidak seriang dulu wahai sahabat? kenapa kita tidak lagi bersatu? adakah kerana masing-masing sudah pandai berfikir sendiri, masing-masing sudah pandai mengatur langkah untuk menempuh hari mendatang? Jika itu puncanya, mungkin tidak perlu untuk kita berkawan. Sahabat, ingin aku luahkan di sini, jika aku bersalah, maafkanlah aku, jika aku tersalah kata, ampunkanlah aku kerana sesungguhnya aku tidak lagi sanggup hidup dalam kekusutan yang sebegini rupa.

                  Tidak habis dengan itu sahaja, terdapat berita-berita yang yang kurang enak didengar. Jangan kamu semua mencari permasalahan dan aib orang lain, aku percaya, orang yang sebegini rupa mungkin akan mendapat darjat yang tinggi dalam kalangan manusia kerana bahagia dalam menceritakan aib orang lain. i,m not the best, but i have feeling. If you eager to know, just come and see me. i will tell everything to you sampailah kamu semua berpuas hati. You are the best! i say for the second time, You are the best!. aku sangat pelik sedangkan aku tidak pernah mengetahui dan tidak ingin mengetahui apa yang kamu lakukan dan kamu pulak beria-ria untuk mencari maklumat konon. sudahlah, kita sudah besar panjang, segala apa yang berlaku hanyalah jalan hidup seorang makhluk Allah.

                 Bagaimana jika seseorang memerlukan kamu ketika dia susah? selepas itu, berbagai alasan diberi, adakah keinsafan itu hadir setelah dia diberi pertolongan? kenapa tidak sebelum itu? jika ya dek kerana keinsafan, kenapa harus begitu sekali? tidak bolehkah melirikkan ucapan terima kasih? adakah ucapan itu terlalu berat untuk diungkapkan? renung-renungkan wahai sahabat.



P/S : sayang kamu sahabat

5 comments: