Wednesday 6 July 2011

lelaki macho vs perempuan cantik?

Salam semua,


entri yang agak santai pada pagi ini memandangkan baru sahaja makan roti canai, air susu panas ditambah pula hujan yang sangat lebat di bumi Kedah Darul Aman,alhamdulillah. bak orang kata All in One.hehe. So, berbalik pada tajuk entri kali ini, betul ke lelaki macho mesti kahwin dengan perempuan cantik ataupun perempuan cantik mendambakan lelaki yang fit lagi macho?betul ke sekarang macam ini?

"beautiful will fade year by year" , what is true meaning about "beautiful"? kalau perempuan mesti mekap-mekap untuk nampak cantik, kalau lelaki mesti try the best outfit untuk tampil gagah. tetapi kalau diri bak pak pandir, jangan belagak seperti anak pak belalang.keh3. Kadang-kadang fendi lihat ramai yang suka bergaya untuk nampak segak tetapi isi dalaman tidak diambil berat. sembahyang entah kemana, betul tak? korang nampak ramai lelaki macam ini? bukan niat untuk tujukan kepada sesiapa, nasihat untuk diri fendi juga, kalau sendiri jalan tidak betul, jangan ditegur singa di hutan, nanti diri sendiri yang susah.keh3

Sebenarnya, telah terdapat panduan untuk memilih jodoh. yang pertama lihat pada Agama, apabila seseorang lelaki memilih perempuan beragama, nescaya agama tersebut akan kekal hingga akhir hayat.
Yang kedua, kecantikan. kalau lelaki pilih seseorang kerana cantik, nescaya cinta lelaki itu palsu kerana apabila perempuan tersebut kedut-kedut, lelaki itu pun akan mula untuk curang. Yang ketiga keturunan dan akhir sekali Harta.



P/S : Make a right choice , everything gonna be ok.

1 comment:

  1. bagi sy la kan..sama2 bahaya..zaman la katakan..byk dugaan

    ReplyDelete