Wednesday 22 June 2011

suka memujuk VS suka dipujuk

Salam semua,


Apa kes pulak ni? kenapa merajuk sayang, sayang merajuk muka sudah macam siput sedut.hehe. Fendi bergurau je ok. So kali ini fendi bawa korang semua ke segmen " siapa yang betul?"dalam entri bertajuk suka memujuk VS suka dipujuk.

Alamak! siapa yang betul ni, orang yang suka memujuk ke orang yang suka dipujuk?selalunya orang perempuan dinisbahkan kepada orang yang kuat merajuk, tengok sahaja pasangan yang sedang dimadu asmara, sering kali kita tengok perempuan berlari-lari ke pokok-pokok apabila merajuk, si lelaki akan mengejar "sayang, tunggu abang, dah la perut abang ke depan ni,hehe". Ala-ala filem hindustan yang selalu ditayangkan setiap hari sabtu.


Sebenarnya fendi rasakan banyak persepsi daripada blogger mahupun reader di luar sana, (saat serius bermula)keh3. Dalam perhubungan ada lelaki ataupun perempuan yang suka dipujuk, tetapi kalau lelaki yang suka dipujuk, macam jiwa jambu pulak kan,hehe, dalam kata lain tidak gentleman la.

Tetapi AWAS! sekiranya korang sudah melakukan kesalahan terhadap pasangan, jangan la cuba untuk merajuk ok, memang naik 5 jari cap tangan la,keh3. Tetapi korang sendiri yang memainkan peranan untuk memujuk kembali pasangan korang, biasa la kan, dalam perhubungan ada pasang surutnya.

Dalam hal ini, sikap bertolak ansur sangat perlu, kita jangan selalu berada dalam keadaan "win-win situation", hari ini kita dipujuk, di lain masa kita pulak yang memujuk. Dan perempuan jangan lupa ye, lelaki bukan robot yang tidak ada perasaan.hehe


P/S : Siapa yang betul? Dua-dua pun boleh, bertolak ansur penting dalam sesebuah perhubungan.

6 comments:

  1. Pelangi suka dipujuk. Auwwwwwwwww!

    ReplyDelete
  2. Wahai cik adik jangan merajuk
    Maafkan kami si Bujang Lapuk
    Jikalau salah tolonglah tunjuk
    Kamilah rela hai kena ketuk
    Nandung-nandung dayang senandung
    Wahai saudari maafkan kami

    -maafkan kami (pendekar bujang lapok)
    hehehe

    ReplyDelete
  3. Bella suke merajuk n suke dipujuk .. :)

    tp takde la over sngat merajuk tu :P

    slmt mlm :D

    ReplyDelete
  4. haha xsuka nak merajuk.kalu merajuk tak suka
    di pujuk. dan x suka yg kaki merajuk. kalau
    dia merajuk pun, xde masa nak menggedik p pujuk2.


    hahaha

    ReplyDelete