Wednesday 14 March 2012

Cerita Para Sahabat

Salam semua,

          Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun Baginda s.a.w. sudah wafat, namun Imam Malik tetap menghormati Baginda s.a.w. sehingga beliau tidak mahu menungggang kuda di dalam kota madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang ditungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia Rasulullah s.a.w.

         Diceritakan bahawa Imam Malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa orang hartawan kepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik pula yang selalu berjalan kaki ketika hendak ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka mereka tidak pernah melihat beliau menunggang kuda sehingga ada orang yang bertanya kepada Imam Malik, " Kenapa Tuan Guru tidak pernah menunggang kuda dan hanya menyimpannya sahaja?" Imam Malik menjawab, "Apakah aku tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku ke atas bumi yang di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah s.a.w.?

        Meskipun pada ketika usia beliau telah lanjut dan badannya sakit-sakit, Imam Malik masih juga tidak mah menunggang kudanya ke masjid atau untuk menziarahi sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormatnya beliau kepada Rasulullah s.a.w.

P/S: semoga mendapat pedoman
         

2 comments: