Thursday, 26 January 2012

Melancong Lagi | Pulau Langkawi

Salam semua,

            Selamat malam, baru hari ni aku dapat update blog, maklum la takda broadband kat umah.(sadis la konon).hehe. Apapun aku merindui untuk menaip walaupun entri aku cikai-cikai saja. Thanks pada blogger yang hit blog aku. Bila keadaan dah kembali macam biasa, aku singgah blog hampa noh(jangan touching- touching).

           Lepas balik dari universiti tercinta, aku dengan kakak buat last minute plan ke Pulau Langkawi, walaupun sekejap, tapi hanya waktu macam ni kami dapat bersama.

My sis

my mom and siblings

         Mai cyber cafe, internet pulak lembab.(memang aku sangat sabar).haha

P/S : nanti aku type lebam-lebam k





Saturday, 21 January 2012

The Mines | Times Square

Salam semua,

          Sori kerana lambat update entry, bukan apa, broadband kat umah macam siput "tetttt".haha. malas nak ulas panjang-panjang. layan pic dulu. kali ni program jalan-jalan cari makan bertempat di the mines and times square.





P/S : sori ye, internet lembab.haha. xdapat upload banyak pic

Tuesday, 17 January 2012

Sekitar Exam

Salam semua,

           Haha, inilah skrip aku untuk tatapan semua dan hasil karya ni merupakan agenda dan cara hidup sewaku exam.

pening2





P/S : hari yang memenatkan

Sunday, 15 January 2012

Layakkah KIta

Salam semua,

           bangun2, dah pukul 9 ni, aku pun baru je bangun,kehkehkeh. layakkah aku? layakkah kita? (apa yang layak fendi?inform la kat sini, cepat!!). sabar la, aku baru nak cita ni, sebelum tu, usha dulu gambar ni ok.


       
           Ramai yang mengimpikan bidadari dunia, tetapi apabila kita lihat kembali diri ini, akan timbul satu persoalan di mana kita sendiri tahu jawapannya. Dalam Surah An-Nur, Juzuk 18, ayat 26


Terjemahan :  (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

           Duduk di depan cermin, tataplah muka kita dan tanyalah diri dengan penuh keinsafan, apakah aku ini layak untuk orang-orang yang baik Di sini, aku memperingati dan berpesan kepada diri aku sendiri, jadilah makhluk Allah yang memberi manfaat kepada orang lain. Jika kamu pemimpin, jalankan tanggungjawab yang diberikan, jika kamu pelajar, kejarlah ilmu tanpa merungut kepenatan kerana kepentingan menuntut ilmu ada dinyatakan oleh Imam Syafii, menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat. Menjadi baik adalah kewajipan dan fokusnya bukan hanya bersandarkan kepada perkahwinan, tetapi untuk kebahagian dunia dan akhirat. InsyaAllah, akhlak yang baik membentuk dan membimbing kita ke arah kebaikan.

Belum Terlambat

          Belum terlambat untuk membuat kebaikkan, lakukan sedikit demi sedikit, jangan terlalu banyak kerana kita manusia lazimnya akan rasa terbeban, akan cepat jemu dan terus meninggalkan. kalau boleh, buat sesuatu dan tetapkan dalam hati, jadikan amalan seharian. buat checklist dan tampalkan di mana-mana tempat yang kita nampak. Jika ada kekurangan, perbaiki dan jangan lupa, jaga hubungan dengan ibu bapa dan kawan-kawan. cakapkan perkataan yang baik dan jangan bongkak. sesungguhnya, kita akan kembali ke tempat yang sama.


P/S : semoga memberi manfaat

Saturday, 14 January 2012

Rupa Bukan Ukuran

Salam semua,

          Ilham waktu tengahari membuatkan aku terpanggil untuk menulis satu entri yang agak berat untuk diperkatakan.(i,m sorry, have to be serious in this story). Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak samaada lelaki ataupun perempuan, tetapi kedua-duanya mempunyai timbang tara yang sama banyak dalam sesebuah perhubungan. Aku di sini bukanlah agent menggalakkan anda bercouple, tetapi sekadar ingin berkongsi pandangan dengan semua.

Beauty fade as years



            Kecantikan sememangnya akan luntur kerana umur semestinya akan bergerak kehadapan dan tidak sesekali menoleh belakang, jadi ingatlah wahai adam dan hawa, jangan jadikan rupa sebagai batu asas dalam menjalinkan perhubungan kerana sedikit kekurangan akan membuatkan perhubungan menjadi renggang dan mula bergolak, jadikan agama sebagai satu-satunya panduan dalam membuatkan keputusan.

Jangan Bandingkan

            Benarlah rupa paras juga penting tetapi bukanlah satu kemestian. Jangan bandingkan atau terdetik ingin membuat perbandingan dengan pasangan-pasangan lain, cukuplah hanya sekadar ada mata untuk melihat, hidung untuk bernafas, telinga untuk mendengar rintihan dan mulut untuk mengingati kita kepadaNya.

Terus Terang

           Jika benar hati tidak sukakan dia, berterus teranglah dan jangan bermain dengan kata-kata harapan. Sakitnya hati susah untuk diubati malah boleh menyebabkan si dia bermurung begitu lama. Bagi si dia pula, terimalah kenyataan dan anggaplah perjumpaan dan singgahan sementara di hati anda hanya sekadar teman rapat. Rapatkanlah hubungan dengan kawan-kawan agar hati anda tidak terus terusik dengan kata-kata manja yang dusta.


P/S : minda di tengahari

Friday, 13 January 2012

Cara Menangani Kawan Yang Susah Jatuh

Salam semua,

*sori, terlupa perkataan situasi.haha

           Pernah x korang jumpa seseorang yang susah jatuh? maksud aku bukan dari segi luar luaran, tetapi dari dari dalaman (fendi, terus terang la, aku xdak masa nak usha blog hang lama-lama, dah la lukisan buruk, kehkehkeh). senang cita, ada x kawan atau yang sewaktu dengannya bercakap nak hebat saja?bila korang x bersetuju dengan pendapat dia, korang akan dibantai sehabis-habisnya.haha(balik bilik terus menangis, tapi itu bukan aku la,hehe)

          Kalau ada, macam mana korang handle dengan manusia jenis macam ni?( rambut sama hitam, hati lain-lain,hehe) ataupun korang senyap saja dan hanya menadahkan telinga korang sampai jadi busuk?haha( terover sikit, sori). Untuk pengetahuan korang, aku pernah jumpa orang berkulit ego ni, prrgghh, cakap semestinya nak hebat, then, boleh pulak point kat orang lain( aku bercakap atas pengalaman aku sendiri tiada kena mengena antara hidup ataupun mati ok,kehkehkeh) aku sendiri pun terkena dengan dia, nak tahu x cerita aku?haha(gelak jahat)

     

*harap-harap korang nampak tulisan tu.hehe

            Aku ada cara tersendiri nak overcome masalah bagi orang yang ego nie,hehe.( fendi, hang pun sama ja, teruk lagi ada la.kehkehkeh)

  1. Aku akan terus puji mamat tu, aku rasa cara macam ni lebih berkesan daripada kita terus provoke dia
  2. Berambus cepat-cepat dari tempat kejadian jika dia dah menunjukkan gejala-gejala ego
  3. Guna cutton bud dan masukkan dalam telinga
  4. Persiapkan minda anda(takot rasa down bila dah kena,haha
  5. Tukar tajuk, jangan pandai-pandai masukkan diri anda dalam lubang berbau tettttttt.hehe
  6. akhir sekali, yang paling mujarab, berdoa semoga dia diberi hidayah olehNya
           Haa, tu la tips yang aku amalkan selalu. aku x confirm 100% tips ni berjaya, tapi sekurang-kurangnya, mencegah lebih baik daripada merawat.hahaha


P/S: tips dibawakan oleh mr fendi a.k.a budak buang masa

         

Thursday, 12 January 2012

Tazkirah Jumaat

Salam semua,

          fendi version serius dihari jumaat,hehe. korang perasan tak ada wordless wednesday dan spontaneous thursday? tapi, hari jumaat xda pun slot macam tu sedangkan jumaat penghulu segala hari,aku nak cadangkan buat la slot tazkirah hari jumaat di samping kita bergembira dalam berblogging dengan entri-entri yang superb, kita kongsi la sedikit ilmu dengan rakan-rakan blogger lain, kalau 10 yang baca, banyak pahala yang kita dapat, konsep ni sama la dengan konsep nuffnang, banyak yang klik, banyak la yang kita dapat.kehkehkeh( fendi version santai)


             ok, poster kat atas bukan untuk promote filem kongsi,hehe. aku just nak ambil perkataan kongsi saja. kongsi ni maksudnya share, share maksudnya kongsi (sudah fendi, orang semua dah taw, x payah banyak mulut nak cakap benda simple macam tu)kehkehkeh.

            So, hari ni aku mula perkongsian dengan tajuk "belajar dari haiwan" kalau korang nak tahu, banyak benda yang kita boleh daripada haiwan, daripada sekecil semut hinggalah ke sebesar dinasour.hehe. aku nak bagi contoh, kalau semut gigit korang, korang marah x? aku taw, mesti ada yang memaki hamun. Kalau semut buat orang marah, kenapa Allah jadikan semut? Allah suruh kita tengok background semut itu sendiri. mereka rajin walaupun berbadan kecil, bekerja keras dan tidak cepat mengalah.( malu la hang fendi, asyik tidoq ja, semut pagi-pagi dah jalan-jalan cari makan. semut pun ada program macam tu taw.kehkehkeh.

           Banyak binatang yang disebut dalam al-Quran, contohnya ikan, apa kisah yang berkaitan dengan ikan? kita yang berkaitan dengannya ialah Kisah Nabi Yunus yang ditelan ikan nun. Yang kedua burung gagak, nampak macam kotor kan, tapi apa hikmahnya? Allah menurunkan burung gagak untuk mengajar manusia mengebumikan mayat. Yang ketiga gajah, Allah mengutuskan burung-burung untuk menghancurkan sebuah angkatan tentera bergajah. Yang terakhir pada hari ini dan yang paling aku takot ialah unta (napa hang takot ngan unta? aku siap boleh makan lagi)hehe. korang tengok x cara unta minum ketika dahaga? di sini nak menggambarkan perbandingan kepada bunga api daripada api neraka dan kepada penghuni-penghuninya yang minum air menidih. (kalau air milo panas pun aku tiup, macam mana pula dengan api neraka?)

P/S : renung-renungkan, selamat beramal.