Tuesday, 7 June 2011


Salam semua, lepas je kenuri, terus g jalan2.terbaik x?haha

Adik aku taw, bukan gf.haha
I- city alor star,haha. kredit tu kakak fendi yang sponsor perjalanan ke alor star, walupun letih dengan kenduri kendara, dapat jugak meluangkan masa menikmati suasana waktu senja di sana.

Result??

Salam semua,

Fendi baru ja dapat khabar daripada UKM, maklumla, result baru je kuar, so cmne??hehe. Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya, saya dapat meneruskan pengajian di tahun 2 Fakulti Farmasi, moga2 fendi dapat meneruskan pengajian hingga tahun 4 dengan jayanya, InsyaAllah selepas tamat pengajian, fendi akan menamatkan zaman bujang dengan insan tersayang Dilla Ermazatul Najwa Arshad. Semoga segalanya di permudahakan. Amin

Saturday, 4 June 2011

Kejadian Pada Hari Kenduri!

Salam semua,

Serabut sudah.hehe  



serabut kan? maklumla buat persiapan untuk kenduri kahwin sepupu.hek3. 2 3 hari ini fendi dapat banyak undangan perkahwinan, kalau x pergi serba salah kan?hehe. Walaupun dalam kesibukan, sempat juga fendi update blog supaya follower2 dapat mengetahui aktiviti terkini fendi. Rumah fendi la yang jadi persinggahan.haha

Friday, 3 June 2011

Apa kena dengan Blogger?

Salam semua,


hehe, jangan terkejut dengan entri, nanti x pasal2 blogger otai marah.maafkan saya.hik3. Anyway, i,m new blogger, banyak sangat benda yang saya x tahu, x sampai sebulan pun blog sy ni,hehe. Di sini fendi harap, blogger yang otai dapat tolong sedikit sebanyak walaupun ilmu yang not associated with blog, fendi accept apa juga kritikan mahupun teguran, maklumla, xda apa2 experience on how to create good entry, how to get more traffic, i still search and learn from day to day.

Thursday, 2 June 2011

cara luahkan rasa "CINTA"

Salam semua,



Cinta bukan sekadar luahan daripada mulut, tapi ada banyak cara nk luahkan, percaya ke x?keh3

Album Gambar

Apa kena mengena dengan album gambar?fendi suggestkan korang beli album gambar dan muatkan gambar korang dengan si dia, setiap helaian gambar tu, letakkan kata-kata puitis, ringkas pun xpa, si dia mesti terharu. cuba la kalau nk tengok dia menangis gembira,hehe

Love list

Korang tanya, mengapa dia terlalu sayang pada korang, listkan kemudian korang hantar melalui pos, kalau korang hantar sendiri, tak jadi istimewa lagi.keh3. Biar si dia bermain dengan perasaan, dengan cara ini, jawapan daripada si dia lebih telus.

Gambar terbaik

tips ni x sama dengan album gambar, tetapi lebih kurang.hehe. korang pilih gambar yang terbaik antara kamu dan si dia, lepas tu, letakkan dalam bingkai bentuk love, then give her as hadiah. Romantik kan?hik3

Wednesday, 1 June 2011

Betul ke lelaki akan pupus?

Salam blogger, entri merepek menjelma kembali tatkala tangan menghentak keyboard lappy.keh3
Entri kali ini ingin bertanyakan pendapat semua blogger, lelaki akan pupus ke? daripada pengamatan fendi sendiri, bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi semakin berkurang, tetapi bilangan kaum hawa pula 4 kali ganda berbanding lelaki. So what happen to all men outside there?haha

Sebenarnya, apa yang berlaku sekarang, kemerosotan akhlak, dadah merupakan punca utama mengapa lelaki dianggap akan pupus di kaca mata masyarakat. Cuba korang tengok, berapa ramai penghuni pusat serenti?lelaki ke perempuan? kebanyakan mereka menjadi doktor kepada diri sendiri. Alahai, bangkitlah wahai kaum Adam, bangunlah menjadi imam, bangunlah menjadi manusia berguna, bangunlah untuk mengapai cita-cita. Hidup di dunia hanya sementara, fikirkanlah tanggungjawab kita sebagai kaum lelaki. Ayuh, kita bangun bersama-sama.

Xde kena mengena pun.hehe

Pharmacist : header baru,haha

Salam semua, hari ini entri fendi bukan berkenaan dengan academic,hehe, cuma nk inform kepada blogger2 yang fendi dh tukar header, yang lama nmpak suram sikit, apapun header ini hasil kerja tangan fendi sendiri, walaupun x berapa cantik, tapi alhamdulillah, fendi dapat buat.haha


ini la dia header yang fendi cakapkan tu, haha, nampak sama seperti yang previous, cuma warna and font sahaja yang bertukar. header ini fendi buat dengan menggunakan perisian adobe photoshop. setakat yang basic2 boleh la.hehe. belum capai tahap pro lagi, apapun, insyaAllah fendi akan performe better next time.
Salam blogger daripada fendi.