Hati kita?ada apa dengan hati kita? entri kali ini fendi muhasabah diri dan juga kepada blogger-blogger lain, semoga mendapat manfaat hendaknya. Pernah ke tidak melihat perempuan bersembahyang, tetapi tidak memakai tudung? lelaki bersembahyang dengan memakai seluar pendek? mesti pernah kan? adakah hati kita hidup? ataupun mati sebelum waktunya. Jikalau mati sebelum waktunya inilah yang paling fendi takut, sebab kehidupan tanpa hati menyebabkan kita makin terpesong jauh. fendi mengucapkan terima kasih kepada seorang perempuan yang kini belajar di Indonesia kerana beliau tidak pernah penat dalam menasihati fendi. Alhamdulillah, fendi dapat rasa kembali hati ini.
Bagaimana nak menghidupkan hati?pernah fendi terbaca, jika kamu ingin mencari hati, carilah ketika kamu membaca al-Quran. ketika kita solat. insyaAllah hati kita akan hadir. jangan kita asyik leka dengan kehidupan kita sekarang. cukupkan solat 5 waktu, buat dengan betul-betul, jangan buat sekadar untuk melepaskan kewajipan, ataupun memenuhi rutin harian. buatlah seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah. Bila kita buat untuk melepaskan rutin, kita akan nampak banyak anak-anak luar nikah.hal ini ada kaitan dengan solat. solat yang sempurna dapat mencegah perkara-perkara yang mungkar. insyaAllah.muhasabah balik diri kita, jika kita still buat dosa, even dah solat, check balik solat kita. kita buat mengikut panduan ataupun hanya main-main. renung-renungkan dan selamat beramal.
Post a Comment