Monday, 7 November 2011

Hati Kita

Salam semua,

          Hati kita?ada apa dengan hati kita? entri kali ini fendi muhasabah diri dan juga kepada blogger-blogger lain, semoga mendapat manfaat hendaknya. Pernah ke tidak melihat perempuan bersembahyang, tetapi tidak memakai tudung? lelaki bersembahyang dengan memakai seluar pendek? mesti pernah kan? adakah hati kita hidup? ataupun mati sebelum waktunya. Jikalau mati sebelum waktunya inilah yang paling fendi takut, sebab kehidupan tanpa hati menyebabkan kita makin terpesong jauh. fendi mengucapkan terima kasih kepada seorang perempuan yang kini belajar di Indonesia kerana beliau tidak pernah penat dalam menasihati fendi. Alhamdulillah, fendi dapat rasa kembali hati ini. 

         Bagaimana nak menghidupkan hati?pernah fendi terbaca, jika kamu ingin mencari hati, carilah ketika kamu membaca al-Quran. ketika kita solat. insyaAllah hati kita akan hadir. jangan kita asyik leka dengan kehidupan kita sekarang. cukupkan solat 5 waktu, buat dengan betul-betul, jangan buat sekadar untuk melepaskan kewajipan, ataupun memenuhi rutin harian. buatlah seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah. Bila kita buat untuk melepaskan rutin, kita akan nampak banyak anak-anak luar nikah.hal ini ada kaitan dengan solat. solat yang sempurna dapat mencegah perkara-perkara yang mungkar. insyaAllah.muhasabah balik diri kita, jika kita still buat dosa, even dah solat, check balik solat kita. kita buat mengikut panduan ataupun hanya main-main. renung-renungkan dan selamat beramal.

Friday, 4 November 2011

Alhamdullillah

Salam semua,

                   Hampir dua bulan tak update blog, semua orang bertanyakan empunya blog, hehe. Terima kasih kepada http://gilamodified.blogspot.com, walaupun fendi tak update apa-apa, still bertanyakan khabar. mmg solute la bro khairul.

                  Penat!! itu ja simple perkataan yang fendi boleh cakap. Maklumlah dengan lecture, lab dan aktiviti kolej membuatkan fendi tak sempat untuk menulis entri. sem ni agak berat bagi fendi dengan subjek-subjek yang betul-betul hadrcore.haha. nak tahu apa dia? pharmacology, pathology, medicinal chemistry, immunology, amalan farmasi. Nampak macam sikit kan?hehe. tapi hanya diri empunya yang tahu, Dengan time yang constraint, memang agak stress. 

                Apapun, besok balik kampung, jumpa lagi.hehe

                 

Friday, 16 September 2011

Tidak dijangka

Salam semua,

Terima kasih kepada semua kerana rating blog meningkat kembali.hehe. i,m not expected to have increasingly unique view since i have no update about 1 month. Thanks again to all blogger to look forward my latest news. hehe. like an artist right?hahaha


pic di atas nie x related ok, fendi saja letak je. memandangkan hari ini hari sabtu, so apa aktiviti korang?bagi student, duduk dalam bilik je ke? bagi yang dah bekerja mesti keluar dengan family tersayang.hehe. Harap-harap begitulah memandangkan masa inilah yang terbaik bagi mencurahkan kasih sayang kepada anak dan isteri.hehe. seperti bagai mendukung isteri dan anak-anak sampai x larat nak dukung.keh3

1 lagi, dalam kita bergembira, jangan dilupa kesihatan kita. penting w00000. mana mungkin orang sakit dapat kusyuk dalam sembahyang, bermain bersama rakan-rakan dan aktiviti-aktiviti lain. Makan jangan main bedal je dan kurangkan makan di restoran kerana banyak menggunakan monosodium glutamate ataupun ajinamoto.


P/S dari penaja : hidup sihat, keluarga bahagia.

Thursday, 15 September 2011

Bertemu kembali

Salam semua,

Dah usang rupanya blog ni dengan jumlah view semakin hari semakin kurang, tetapi fendi nak ucapkan terima kasih kepada bro khairul kerana tulis kat shoutbox fendi walaupun fendi kurang membalas, seorang blogger yang cukup setia.hehe. Betul x bro?


sorry sebab no pic to be displayed, just an old pic. tahu x sebab apa fendi lama x menconteng wall?bukan sebab jemu dan bukan pula sebab meluat, tapi fendi sibuk sangat dengan assignment since UKM open new session 2011/2012 3 days ago. With new subjects, i got blink2, haha. but i have to try until the end.

So, apa aktiviti korang suma? meronggeng semperna cuti Hari Malaysia? bro khairul, bila nak buat autoshow kat KL?fendi nak turun. kalau ada inform la noh. kempunan dah nie.hehe. 

Back to my entri, korang suma jangan la segan-segan berkunjung blog fendi yang tidak seberapa nie, write on my shoutbox, InsyaAllah i will hit all of you later. My blog just a place to kick out all my tense and i feel relieved when i write.haha. apa benda yang fendi tulis nie kan, mengarut jek.


P/S : hope u guys feeling no bored and enjoy your weekend.

Sunday, 21 August 2011

Dah nak abes....

Salam semua,


Pejam celik pejam celik, dah 21 hari kita berpuasa, so, bagaimana puasa korang semua? harap-harap dapat habiskan sekolah Ramadhan kita dengan jayanya, InsyaAllah. korang perasan tak, sekejap je kita berpuasa, ibarat macam shopping sampai ke petang, tak sedar masa sedang berlalu.

Tadi fendi drive untuk menemui adikku di MRSM Bertam, pastu adala mak cik tumpang kereta fendi, dia cakap nak tumpang sampai pekan Sungai Petani, mak aii, punya la jem jalan di sana. Masing-masing sibuk dengan persiapan raya, maklumla, kedai-kedai mula dibuka untuk jualan raya.

Bagi kaum-kaum wanita tidak boleh dipisahkan dengan alat-alat membuat kuih, hehe. mak fendi tidak ketinggalan untuk menyertai kelas membuat kuih raya, wahh, bukan semangat lagi. tahu tak, lepas balik kelas, mak fendi keletihan sampai lauk pun beli kat kedai.hahaha

Entri agak skema dari fendi.hehe. dah tulis panjang-panjang, tak sedar ayat macam budak sekolah. Apapun layan je. Selamat Berpuasa semua, jangan ponteng k.

P/S : kuih anda bila lagi?hulur-hulur kan k..hehe

Saturday, 13 August 2011

Shopping Raya - Berpada-pada ok

Salam semua,


Raya pun dah semakin tiba, sembahyang terawih yang pada awalnya memenuhi saf di surau kini beransur sedikit, sibuk buat kuih raya kot?haha. apapun tak kisahlah sebab empunya diri masing-masing yang menentukan mana yang terbaik. Jika takut menegur kucing, jangan pula menyapa singa.hehe

Berbalik kepada entri shopping raya fendi, shopping + raya = bergaya ataupun berhutang? mana satu pilihan korang semua, bergaya tetapi berhutang ataupun bersederhana dalam senang.haha.  sekarang ni shopping complex mula memancing undi, oppsss, memancing pelanggan dengan sales yang gila-gila, ada yang sampai 80%, memang kelabu la mata tu untuk memilih, walaupun murah tetapi kalau terlalu banyak yang diambil, mesti la bertimbun jumlahnya kan?

Orang cakap, alah membeli, menang memakai, jangan kita menjadi seperti anjing dan bayang-bayang, tamak haloba, tup-tup yang pakai kredit kad, bagi fendi, fendi lebih suka bayar cash daripada swap kad kredit, memang lah satu trend sekarang ni, tetapi trend inilah yang menyebabkan kita dibelenggu hutang piutang yang banyak. Pakai smart bergaya dengan memegang kad kredit di kaunter-kaunter, beginilah sikap orang kita, berlagak bukan pada tempat yang sepatutnya.

banyak jugak yang fendi membebel kan,haha. bukan sebab apa, nak memperingati orang di luar sana, berhemah ketika berbelanja, tak salah nak berbelanja, tetapi ingatlah walaupun raya hanya setahun sekali, bukan bermakna kita perlu habiskan duit dalam musim raya, kita juga kena fikir sakit demam, education anak-anak yang sememangnya lebih penting. kalau yang sememangnya orang berada, go on, habiskan baju raya di shopping complex.haha. chaiyok!!!

P/S : fokus utama, berhemah ketika berbelanja

Saturday, 6 August 2011

Kalau la sikap macam ni..

Salam semua, salam pagi dan salam ceria dari fendi,



Mentang-mentang la sekarang ni puasa, asyik attach pic mandi je.haha. Alhamdulillah, dah genap seminggu kita berpuasa, so macam mana korang rasa?letih?tak bermaya?lemah longlai?, come on friends, Ramadhan come only once in a year, bersemangat k

Apa kena mengena dengan entri di atas?apa yang fendi nak sampaikan pada hari ini berkenaan sikap kita, ada dua sikap orang kita yang tak boleh dibuang bahkan makin menjadi-jadi. Nak tahu tak apa dia? Yang pertama Malas, dengki dan asyik mengata orang,cerca, hina dan seangkatan dengannya. entri ini juga untuk merawat hati bagi fendi sendiri supaya dapat menjadi manusia yang dapat menyumbang bakti kepada masyarakat.

Sembahyang terawih setahun sekali tak pernah datang, (bagi yang tak datang ye.hehe). Bayangkan ini merupakan Ramadhan yang terakhir bagi kita, pahala yang dilipat gandakan oleh Allah disia-siakan oleh kita. Menyibukkan diri dengan persiapan raya dan kuih raya. bukan tak boleh tetapi buatlah secara sederhana sahaja.

 ‎"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


P/S : moga dapat memberi ilmu pada orang lain.