Monday, 9 January 2012

Halwa Pagi

Salam semua,

                    Sebagai halwa pagi untuk hari ni, aku nak selitkan sebuah cerita jenaka pendek. bak kata orang, mulakan pagi dengan bersemangat, lunturnya semangat, lunturlah harapan,lunturnya harapan, lunturlah cita-cita, lunturnya cita-cita, lunturlah nikmat dunia. Rasailah aura semangat anda.haha

Ayam : Pada suatu hari, ayam menghiasi dirinya dengan manik-manik yang sangat cantik pada setiap helaian     bulunya.

Ayam : ayam bermonolog sendirian, "cantik jugak aku ni, aku rasa pasti aku menang, kalau nak dikutkan ayam lain, elok lagi aku dressing". (lalu ayam pun keluarlah reban dengan bangganya, ditatapi dirinya oleh seluruh kaum kerabat ayam yang lain, "wah, cantiknya!" sesekali si ayam tadi berkokok-kokok tanda berterima kasih. Dalam perjalanan ke tempat pertandingan, terserempaklah si ayam dengan si kambing.

Kambing : ayam, mana hang nak pi? lawa bebeno

Ayam : aku hendak pergi ke pertandingan ayam tercantik di kampung seberang dan hendak melihat reaksi engkau wahai si kambing, "cantikkan aku?"

Kambing : Secantik-cantik engkau tetap berkaki ayam kan?

Ayam : engkau mengata aku ye, engkau pun apa kurangnya.

Kambing : Kenapa pulak si ayam?

Ayam : harap ja berjanggut, tapi masih nampak "TELUR"



P/S : moral story ( biarlah percakapan selari dengan tingkah laku.

Kata-kata Imam Syafii tentang kehidupan

Salam semua,

                    sunyi dan tenteram, hanya bunyi cengkerik dapat ku dengar, lepas makan tadi aku terus ke bilik, entah la, rasa syahdu dalam hati ini, mungkin sedang memikirkan sesuatu yang membuatkan hati ini rasa tenang. aku terpandang buku GenQ yang aku beli beberapa bulan yang lalu, belum tersentuh lagi dek kerana bukan tiada masa, tetapi penyakit malas yang berpanjangan. Aku pun buka secara rawak, mungkin ada halaman yang enak dibaca dan aku memilih muka surat 63 untuk dikongsi bersama-sama mutiara kata dari Imam As-Syafii.

  1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak, kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.
  2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat.
  3. sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaan.
  4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang hendak akhirat, juga hendaklah mencari ilmu.
  5. Seseorang tidak berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.
  6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.
  7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.
  8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ilaha insan yang tidak melihat kemuliaannya.
  9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu diakhirat.
  10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.


P/S : hayati, moga dapat manfaat bersama.

Sunday, 8 January 2012

Buta hati buang ayah, ibu

Salam semua,

                    Zaman dah terlalu senja sekarang, ibu bapa dianggap orang asing bagi sesetengah orang di negara kita. aku baru terbaca metro edisi Isnin, 09 Januari 2012.  petikan dari metro aku ambil buat tatapan semua.

                 " KUALA LUMPUR: Bawa ibu atau bapa uzur ke wad kecemasan di mana-mana hospital kerajaan dan ketika pegawai perubatan sibuk membuat pemeriksaan, tanpa mendaftar dan merekodkan butir peribadi waris, si anak perlahan-lahan ‘angkat kaki’.
                  
Taktik ‘Tanggang’ itu dikesan dilakukan segelintir anak yang sengaja mahu menyisihkan ibu bapa yang sudah uzur daripada hidup mereka, sekali gus meletakkan beban penjagaan 100 peratus ke bahu orang lain.
Cara itu juga dilakukan kerana berpendapat kemungkinan jika dihantar ke mana-mana pusat jagaan warga emas sama ada dikendalikan agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO), mereka akan dikenakan bayaran terutama apabila ibu bapa terlantar disebabkan penyakit kronik.

Naib Pengerusi Pusat Jagaan Siti Nor Aini di Kajang iaitu sebuah pusat penjagaan warga emas yang terlantar, Dr Abdullah Noel Micheal berkata, beliau bimbang perbuatan itu menjadi trend anak zaman sekarang untuk membuang ibu bapa yang uzur kerana menganggap mereka sebagai beban.

“Pusat Jagaan Siti Nor Aini ditubuhkan sejak 2009 dan dalam tempoh itu saya menerima 130 penghuni. Daripada jumlah itu, 70 adalah warga emas dihantar hospital kerana gagal mengesan waris dan 22 sudah meninggal dunia, saya terpaksa menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan,” katanya"



P/S : hargailah ibubapa anda selagi mereka masih ada

Mr Pharmacology

Salam semua,

                   

                    Petang-petang macam nie memang buat aku ringan tangan nak update blog even esok killer paper.hehe. daripada aku tidoq petang, baik aku latih badan aku jadi rajin. "rajin update blog". mr pharmacology, i hope u will be ok tommorow, dont make me suffer. (sedang bercakap dengan subjek kegemaran aku.( ishhh, dia nie dah tak betoi ka apa, cakap dengan paper exam). hampa nak taw tak pharmacology tu apa? secara general, phamrmacology study bab ubat. ubat yang hampa guna tiap-tiap hari tu macam ubat batuk, sakit perut, patah hati.opppsss, patah hati tanya doktor cinta k.kehkehkeh

ini la yang aku belajar, hope semua faham k.hehe

                       tengok gambar kat atas, faham tak?haha.aku pun tak paham. dulu masa aku kecik-kecik (kecil-kecil) aku terfikir gak, macam mana dadah buat orang euphoria (rasa syok). macam mana action dia kat badan kita? tak kan telan-telan terus rasa best kan, kalau makanan kita telan rasa sedap sebab kita dah taw makanan memang sedap, tapi kalau ubat, mana la sedap kan, ada 2 3 jenis saja yang manis, yang lain pahit kot. so selepas aku belajaq subjek nie, aku dah faham mekanisma dadah-dadah bekerja. teruk betoi la dadah nie bantai badan kita dalam kata lain silent killer.hahaha. aku tak dapat bagi full explaination taw, haha, dah masuk medical term ( term perubatan) nanti, takot hampa semua meluat kat aku sebab tak paham. kehkehkeh. (gurau petang saja noh)

P/S : jumpa lagi nanti

Friday, 6 January 2012

Aku dan En. Exam


Salam semua,

                   Hai, harap semua sihat sejahtera, kepada blogger-blogger yang tengah menunggu entri baru dari fendi, terima kasih fendi ucapkan.teetttt. macam la hang popular sangat.haha. follower baru 224 nak bising. dari minggu ke minggu, rasa macam cepat sangat hari berlalu, tup-tup dah masuk 2012 dan hari ini bersamaan 06.01.2012 bermakna juga umur akan semakin menghampiri hari tua. macam tulah putaran hidup kita seharian. korang perasan tak, dalam seharian, tak banyak pun aktiviti yang kita dapat buat. contohnya macam fendi sendiri, pergi kelas pukul 8, balik pukul 4 dan kalau badan masih larat, fendi pergi main bola. So, bila dah abes main, hari dah pun malam. Then, putaran ini akan berlaku setiap hari. cepat sangat kan korang? hehe. umpama zaman ferrari la sekarang nie.

                 Dah melalut panjang dah ni, dah la tak bertepatan dengan tajuk.haha. you all tahu tak napa fendi tak post entri tiap-tiap hari? (isshh, budak ni perasan la, sapa la nak taw hang buat apa. bukan penting pun, kalau hang Aaron Aziz takpa la jugak). fendi tak kisah pun orang nak cakap pa.hehe. what so ever..kehkehkeh. dah nak masuk minggu kedua fendi exam, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. kesihatan fendi pun ok, cuaca, makanan, dan semuanya ok. tapi, masih tergiang-giang jugak soalan exam masa fendi tidoq, harap-harap lulus. amin. 

               Dalam minggu exam ni pulak, banyak benda baru berlaku pada diri fendi.haha. macam suspen ja. selalunya bangun subuh pun lambat, tapi sekarang pukul 5.30 dah bangun.haha. ketaq punya pasai. then, muka buku a.k.a facebook pun jarang bukak, then kedudukan fendi semuanya berubah. kadang-kadang atas lantai, kadang-kadang dok atas kerusi, kadang-kadang baring atas katil a.k.a tidoq la.haha. syok pulak bila fendi dalam alam pembelajaran nie. moga-moga dapat jadi renungan dengan anak-anak nanti.kehkehkeh. rasanya sampai sini dulu kot fendi tulis, ada masa nanti fendi update lagi ok.

apa hal la adik aku tu.haha

P/S : ceria-ceria selalu

Saturday, 31 December 2011

Salam semua,

                     Dah nak masuk 2012 pun kan? so my last post for 2011, dan yang menariknya, inilah post yang ke-100 untuk blog fendi. Terima kasih banyak-banyak fendi ucapkan terutamanya kepada blogger-blogger samaada secara langsung atau tidak kerana bagi support kepada newbie macam fendi. so, kalau ada silap dan salah, fendi dahulukan dengan ucapan maaf dan jika ada ilmu yang fendi sampaikan, amalkan walaupun sedikit, moga kita menjadi lebih baik dalam tahun baru 2012 yang mana tahun 2011 akan melabuhkan tirai dalam masa 1 jam saja lagi. fendi nak ucapkan terima kasih kepada bro khairul  kerana tak jemu tulis dekat shoutbox fendi tentang recent post yang bro tulis, bro khairul memang seorang blogger yang betul-betul peramah. kenal dulu, then evaluate k.

                 

P/S : doakan fendi untuk final exam

Monday, 19 December 2011

Coretan hari ini

Salam semua

                   
                      Banyak benda pulak yang berlaku sejak akhir-akhir ini, tiada lagi senyuman dan gelak tawa dari seorang sahabat sehingga aku sendiri yang merasakan aku lah puncanya. Ditambah lagi dengan kesedihan yang menimpa rakan karibku dek kerana " we do for nothing". Walaupun kegembiraan terpancar di wajahnya, tapi aku yakin, pasti dia sedang menanggung masalah itu keseorangan. kenapa harus berlaku secara serentak? walaupun dengan alunan musik, namun diri aku masih tidak tenang selagi tidak membantu. memang pada luaran menampakkan aku seorang yang tidak kisah, tetapi aku sayang kamu semua. You are my part of life, we are friends, we are a family.

                   Mungkin aku tidak sebijak albert eistein, tetapi firasat hatiku banyak menolong melihat segala permasalahan. kenapa sekarang hidup kita tidak seriang dulu wahai sahabat? kenapa kita tidak lagi bersatu? adakah kerana masing-masing sudah pandai berfikir sendiri, masing-masing sudah pandai mengatur langkah untuk menempuh hari mendatang? Jika itu puncanya, mungkin tidak perlu untuk kita berkawan. Sahabat, ingin aku luahkan di sini, jika aku bersalah, maafkanlah aku, jika aku tersalah kata, ampunkanlah aku kerana sesungguhnya aku tidak lagi sanggup hidup dalam kekusutan yang sebegini rupa.

                  Tidak habis dengan itu sahaja, terdapat berita-berita yang yang kurang enak didengar. Jangan kamu semua mencari permasalahan dan aib orang lain, aku percaya, orang yang sebegini rupa mungkin akan mendapat darjat yang tinggi dalam kalangan manusia kerana bahagia dalam menceritakan aib orang lain. i,m not the best, but i have feeling. If you eager to know, just come and see me. i will tell everything to you sampailah kamu semua berpuas hati. You are the best! i say for the second time, You are the best!. aku sangat pelik sedangkan aku tidak pernah mengetahui dan tidak ingin mengetahui apa yang kamu lakukan dan kamu pulak beria-ria untuk mencari maklumat konon. sudahlah, kita sudah besar panjang, segala apa yang berlaku hanyalah jalan hidup seorang makhluk Allah.

                 Bagaimana jika seseorang memerlukan kamu ketika dia susah? selepas itu, berbagai alasan diberi, adakah keinsafan itu hadir setelah dia diberi pertolongan? kenapa tidak sebelum itu? jika ya dek kerana keinsafan, kenapa harus begitu sekali? tidak bolehkah melirikkan ucapan terima kasih? adakah ucapan itu terlalu berat untuk diungkapkan? renung-renungkan wahai sahabat.



P/S : sayang kamu sahabat