Wednesday 29 June 2011

Keputusan Perlawanan Malaysia vs Taiwan

Salam semua,


(2-1) Tahniah buat pasukan Malaysia kerana dapat memenangi perlawanan kelayakan piala dunia 2014 menentang Taiwan. Tetapi mutu perlawanan yang agak merosot terutamanya di separuh masa kedua. Sangat-sangat mendukacitakan dengan banyak peluang-peluang gol terutamanya Badrul Bahtiar namun gagal disempurnakan. 

Siapakah fendi untuk mengkritik mutu perlawanan malaysia, namun fendi pasti, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan perlawanan semalam. Dengan S Gunalan tidak banyak membantu untuk membuat crossing kepada jentera hadapan. Dengan dribble yang agak kelam kabut membuatkan S Gunalan banyak kehilangan bola. alangkah baiknya kalau S Gunalan diletakkan di posisi pertahanan disebabkan kelajuan yang dimiliki. 

Kenapa Amirul Hadi diletakkan dibahagian pertahanan, fendi rasa percaturan yang agak kurang menjadi, dan fendi dapat tengok Amirul Hadi agak kekok di posisi pertahanan. Elok rasanya Kalau Amirul Hadi diletakkan di bahagian winger, dengan skill dan kelajuan yang dimiliki, i think, Amirul Hadi will play better in that position malah dapat membantu membuat banyak crossing kepada jentera hadapan.


P/S : fendi hanya budak biasa, segala penulisan hanyalah sekadar luahan hati

Saturday 25 June 2011

Jalan-jalan penang

Salam semua,




memang terbaik, hehe. so semalam off to penang, kredit to my sis because support everything, love her so much. The first place was Penang Butterfly Farm, one of the famous place to go if you step in Penang. Looking butterfly flying around and sometimes landing on my head.hehe. sangat manja. Let have fun wit my photos.


help me!!

P/S : Sorry, gambar agak blur, phone camera je.

Friday 24 June 2011

Wordless # 1

Salam semua,


Nothing much to say today, tommorrow off to penang, hopefully the journey safe and fun

Thursday 23 June 2011

Lelaki dan bulu hidung,apa tu?

Salam semua,


Alamak, apa kes cerita bulu hidung dan bersangkut dengan jejaka-jejaka kacak lagi bergaya.hehe. Penting ke bulu hidung? bulu hidung buat lelaki macho ke? banyak persoalan yang bermain di dalam entry yang agak santai pada kali ini, kalau semua nak tahu, fendi rimas kalau bulu hidung panjang.keh3

ok, have you all seen people yang banyak bulu hidung? nampak kemas ke serabut? tetapi mungkin juga yang suka menternak bulu hidung bagai menatang minyak yang penuh.keh3. fendi gurau je ok.
fendi ingat lagi masa tingkatan 2, fendi belajar the funtion of hair in nostril, so, apakah peranan bulu hidung kepada kita? sebenarnya bulu hidung berfungsi dengan menghalang habuk-habuk yang  terdapat di udara masuk ke dalam hidung.

tetapi ingat! peranan bulu hidung itu sendiri tidak bermaksud korang tidak perlu merapi, lelaki tampan sekiranya bulu hidung tidak kemas, mesti orang akan berkata belakang nanti. (muka dah macho, tetapi bulu hidung serabai.haha. (serabai= serabut). kadang-kadang, orang pun nampak geli.hehe. So, wahai jejaka kacak, berwaspada dengan masalah yang agak remeh ni, mungkin dengan masalah yang remeh ni membuatkan anda ditinggalkan kekasih.


P/S: terapilah bulu hidung anda, senang je, apa pun boleh.hehe

Wednesday 22 June 2011

suka memujuk VS suka dipujuk

Salam semua,


Apa kes pulak ni? kenapa merajuk sayang, sayang merajuk muka sudah macam siput sedut.hehe. Fendi bergurau je ok. So kali ini fendi bawa korang semua ke segmen " siapa yang betul?"dalam entri bertajuk suka memujuk VS suka dipujuk.

Alamak! siapa yang betul ni, orang yang suka memujuk ke orang yang suka dipujuk?selalunya orang perempuan dinisbahkan kepada orang yang kuat merajuk, tengok sahaja pasangan yang sedang dimadu asmara, sering kali kita tengok perempuan berlari-lari ke pokok-pokok apabila merajuk, si lelaki akan mengejar "sayang, tunggu abang, dah la perut abang ke depan ni,hehe". Ala-ala filem hindustan yang selalu ditayangkan setiap hari sabtu.


Sebenarnya fendi rasakan banyak persepsi daripada blogger mahupun reader di luar sana, (saat serius bermula)keh3. Dalam perhubungan ada lelaki ataupun perempuan yang suka dipujuk, tetapi kalau lelaki yang suka dipujuk, macam jiwa jambu pulak kan,hehe, dalam kata lain tidak gentleman la.

Tetapi AWAS! sekiranya korang sudah melakukan kesalahan terhadap pasangan, jangan la cuba untuk merajuk ok, memang naik 5 jari cap tangan la,keh3. Tetapi korang sendiri yang memainkan peranan untuk memujuk kembali pasangan korang, biasa la kan, dalam perhubungan ada pasang surutnya.

Dalam hal ini, sikap bertolak ansur sangat perlu, kita jangan selalu berada dalam keadaan "win-win situation", hari ini kita dipujuk, di lain masa kita pulak yang memujuk. Dan perempuan jangan lupa ye, lelaki bukan robot yang tidak ada perasaan.hehe


P/S : Siapa yang betul? Dua-dua pun boleh, bertolak ansur penting dalam sesebuah perhubungan.

Tuesday 21 June 2011

Apa yang perempuan tidak suka?

Salam semua,


Besar betul fendi punya tanda soal, bagai seladang di depan mata kita tidak nampak.hehe. Sebenarnya sebagai lelaki, banyak benda yang kita tidak tahu samaada benda yang sekecil-kecilnya sehinggalah kesebesar-besar telur ayam perihal seorang wanita.

Pernahkan korang tengok pasangan yang sudah lama berpacaran, tiba-tiba dengar khabar, sudah putus. Apa sebabnya? kes main kayu tiga. Fendi tidak membuat link backup kepada wanita,keh3 tetapi sanggupkah korang menduakan pasangan korang?

Pernah fendi terbaca, seorang perempuan mencintai lelaki dengan hati, inginkan seorang lelaki menjadi suaminya, bagai memberikan hati yang seputih mutiara kepada kepada jejaka kacak.hehe. Bagi sesetengah, lelaki hanya berhasrat untuk berkawan, dalam kata lain tidak serius.

I have proceed a long way of this story, tetapi belum masuk point lagi regarding to the above title. Apa yang perempuan tidak suka? Jom kita tengok ye, terjah..

  • Meninggikan suara - Paling pantang bagi perempuan
  • Main kayu tiga         - siapa berani buat la, memang tudung periuk naik muka.keh3
  • "cuci mata"               - Pak Cik! ingat, isteri ada di rumah
  • Ego                            - memang tidak dinafikan lelaki ego, tetapi sebagai lelaki kacak, cuba la kawal                  


P/S : kepada yang sudah berpunya, renung-renungkan dan selamat beramal.

Monday 20 June 2011

Tali leher buat lelaki bertambah macho

Salam semua,


woowww, machonya mamat tu, lawa la tie dia.hehe. Kata-kata itu selalu kita dengar bila kita jumpa mamat-mamat yang berkarisma, berpelajaran. Bila berjalan di sebelah kita, wangian semerbak harum, dengan hugo bossnya, dunhill, calvin klein, gergio armani dan macam-macam lagi wangian. Seperti orang busuk, kalau selalu dengan penjual minyak wangi, akan terasa wanginya.hehe 

Sekarang, cuba you all tengok cara permakaian bagi jejaka-jenaka ini, selekeh ke?mesti la tidak kan, dari atas sampai bawah, everything perfect. dengan gaya tie yang sangat sepadan, so is it tie play an important roles for man to reveal their character?i guess all of you will say "Yes"

Sebenarnya tie memainkan peranan yang cukup penting dan melambangkan personaliti seseorang. So, macam mana dan sejauh mana personaliti seseorang dinilai dengan pemakaian tie? di sini fendi just wanna to inform since i,ve learned from previous "dinamika class" in matrix.


  • Tie jalur-jalur - seorang yang sangat teguh dan jejaka jenis ini sangat teliti dalam semua perkara.
  • Polka Dot          - Nampak macam jambu kan?keh2. Jejaka ini ceria dan positif dalam pemikiran.
  • Tanpa corak     - Simple dan sentiasa nak maju kehadapan dalam kehidupan.
P/S : pakailah tie yang sepadan dengan anda

Terima Kasih Nuffnang

Salam semua,


Terima kasih nuffnang, agensi pengikalanan terbaik!! walaupun fendi baru sahaja explore dunia blogger, alhamdulillah, dapat jugak BE dari nuffnang, walaupun BE tu tidak sebanyak blogger-blogger otai, tetapi sekurangnya, dapat jugak merasa BE daripada nuffnang, thanks once again, i love nuffnang.


P/S : peliralah blog anda, setialah dengan nuffnang.keh3

Cuti semester

Salam semua,


Cuti semester selama 4 bulan?wooowww, itulah yang fendi dengar semasa fendi di kolej hari tu. At that time, memang melompatlah, mana tidaknya, cuti selama 4 bulan. Student kalau dengar perkataan cuti memang melompat habis.keh3. 

Tetapi semua itu indah khabar dari rupa, percutian selama 4 bulan membuatkan fendi terkedu, termenung, terbosan, termakan, tertidur dan banyak lagi yang (Ter...)hehe. macam ular sawa lepas makan, maksudnya, menjadi malas

Orang cakap, kalau cuti panjang kerja la, cari duit lebih. itulah yang fendi angan-angankan. bagai ayam dalam reban rumak tok fendi menunggu makan.keh3. Maksudnya, angan-angan yang tiada kesudahan. Bila dah kerja, kena tipu pulak.huhu. malang sungguh kan?apapun, itu menjadi pengajaran buat fendi.

P/S : Ini entry paling mengarut, selamat merepek semua.hehe

Sunday 19 June 2011

Tips padan kasut dengan baju

Salam semua,

Hari ini fendi wanna tell you how can you match your attire and shoes. nampak macam simple kan? tapi ramai yang jarang ikut, pakai redah je. So, there are some rules you have to follow


  • Kalau kasut korang warna hitam, gayakan dengan seluar warna biru gelap, kelabu atau hitam. Baru mengamcam beb.keh3
  • Kasut coklat camna pulak?hehe, pakai seluar warna hijau macam coklat tanah, hijau dan warna gelap.
  • Merah Gelap? fendi suggesrkan dengan seluar khakis, kelabu and coklat cair
  • Putih pulak? kena hati-hati cikit sebab kalau kasut sukan, sesuai la dengan trek atau seluar pendek, kalau potongan formal, gayakan seluar yang sama warna k.
P/S : Cuba la ye, mesti nampak bergaya.keh3

Saturday 18 June 2011

Perlawanan persahabatan-Malaysia vs Myanmar

Salam semua



Malam ini merupakan aksi pemanas badan skuad K Rajagopal sebelum perlawanan kelayakan piala dunia menentang Taiwan. Perlawanan kali ini agak berbeza kerana dibuat di luar Kuala Lumpur.    Stadium Sultan Mohammed iv menjadi saksi pertemuan antara Malaysia dan jiran terdekat iaitu Myanmar. Pada malam ini juga menyaksikan kelantan bertembung perak. So, jom layan dulu di tv 1. Hopefully Malaysia dapat menang walaupun sekadar friendly match.

                                                                                         

Header Baru lagi!!

Salam semua,


Fendi datang dengan header terbaru because the old header look dull plus not profesional.hehe. Macam budak-budak kan? seperti mengangkat diri lalu diletakkan ke dalam bakul.keh3. Hopefully header ini akan mendapat daya tarikan daripada blogger-blogger.

Penting ke header ni? Bagi fendi, header la yang menaikkan mood fendi untuk berblogging, kalau header x menarik, nak berblog pun agak malas. So, fendi edit-diet guna photoshop, jadi la header like above. x cantik kan?oppss, xpe la kalau x cantik pun, at least, dapat jugak fendi puaskan hati.

Friday 17 June 2011

Mencari supplier

Salam semua,

Seharian fendi mencari supplier kad topup fizikal untuk dijual pada semester yang akan menjelma bulan 9 nanti, namun x da yang menambat hati. kepada sesiapa yang mempunyai kenalan ataupun rakan yang dapat membekalkan stock, harap dapat beri information di kotak comment di bawah. 

Wednesday 15 June 2011

Peace- Mengapa tidak perlu ada perhimpunan bersih?

Salam semua


2 3 malam ni, fendi asyik dengar dari kaca televisyen mengenai perhimpunan bersih yang mana kalau tidak silap fendi akan diadakan 9 Julai nanti, entri kali ini hanyalah sekadar pandangan fendi sebagai mahasisiwa. Aman?peace? pernah anda semua dengar? sudah tentu la kan.

Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi sekarang amatlah bermakna, sedangkan kalau kita tengok di negara luar, banyak huru hara yang telah berlaku, sesungguhnya kita hendaklah bersyukur dengan segala nikmat yang ada.

Jadi disini, kerajaan telah pun memberi ruang kepada masyarakat untuk menyampaikan hasrat melalui medium yang sesuai, tidak perlulah kita mengadakan demonstrasi, fendi tidak menyebelahi mana-mana pihak. tetapi apakah rasional perhimpunan yang akan diadakan?

Subsidi, biasiswa dan kemudahan pendidikan telah pun diberikan, apa lagi yang kita hendak? adakah semua itu tidak cukup?adakah kita hendak melihat negara Malaysia terumbang ambing? renung-renungkan.

P/S : Hargailah sebuah keamanan sebelum kita kehilangannya

Tuesday 14 June 2011

lelaki vs lelaki?

Salam semua,


"eleh, ko muka hensem boleh la dapat perempuan cantik,.harap muke je hensem, hati busuk, " statement ni banyak kali kita dengar daripada mulut-mulut mamat yang x puas hati. come on la, die hensem, die kacak, semua tu anugerah dari tuhan, xperlu nk kutuk2. Sebenarnya tuhan kita mempamerkan muka setiap orang berbeza, supaya kita dapat mengetahui bertapa agungnya kuasa Allah. Setiap orang diberikan kecantikkan yang sebaiknya dan sesuai dengan keadaan kita, supaya kita dapat menyesuaikan diri dan hidup selesa, Allah adil kepada semua makhluk. So selepas ni kalau korang lihat lelaki-lelaki hondsome, kacak, berkatalah "sesungguhya Allah menciptakan makhluk dengan sebaik2 kejadian.

P/S : setiap manusia sama di sisi Allah.

Sunday 12 June 2011

Inilah hobiku- autoshow by gilamodified.blogspot

Salam semua, dah beberapa hari x update blog disebabkan kelembapan broadband tahap gaban, inipun line suam-suam suku je. Semalam fendi pergi ke autoshow di tapak pesta seberang prai. Korang nak tahu sapa juri autoshow kali ini? beliau juga seorang blogger, bro khairul. kalau korang sume nak tahu pasal event-event autoshow, terjahlah ke blog abang kite ni. Jom layan photo candid aku.



mantap!!

Wednesday 8 June 2011

Kalau kucing pun ada kasih sayang, inikan pula manusia

Salam semua,




Hayatilah clip video ini, agak menghayat hati, agak sedih, agak pilu, mana mungkin seekor kucing yang
tidak berakal mengejutkan kucing yang telah mati dilanggar, sedih rasanya apabila kita renung realiti dunia apabila bayi2 dibuang, dicampak daripada rumah bagaikan membuang abu rokok, adakah ini petanda dunia akan berakhir, di manakah makluk yang diciptakan Allah sebaik-baik kejadian?mengapa bayi-bayi ini diperlakukan sedemikiaan?renung-renungkanlah wahai teman.

Tuesday 7 June 2011


Salam semua, lepas je kenuri, terus g jalan2.terbaik x?haha

Adik aku taw, bukan gf.haha
I- city alor star,haha. kredit tu kakak fendi yang sponsor perjalanan ke alor star, walupun letih dengan kenduri kendara, dapat jugak meluangkan masa menikmati suasana waktu senja di sana.

Result??

Salam semua,

Fendi baru ja dapat khabar daripada UKM, maklumla, result baru je kuar, so cmne??hehe. Alhamdulillah segalanya seperti yang dirancang, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinanNya, saya dapat meneruskan pengajian di tahun 2 Fakulti Farmasi, moga2 fendi dapat meneruskan pengajian hingga tahun 4 dengan jayanya, InsyaAllah selepas tamat pengajian, fendi akan menamatkan zaman bujang dengan insan tersayang Dilla Ermazatul Najwa Arshad. Semoga segalanya di permudahakan. Amin

Saturday 4 June 2011

Kejadian Pada Hari Kenduri!

Salam semua,

Serabut sudah.hehe  



serabut kan? maklumla buat persiapan untuk kenduri kahwin sepupu.hek3. 2 3 hari ini fendi dapat banyak undangan perkahwinan, kalau x pergi serba salah kan?hehe. Walaupun dalam kesibukan, sempat juga fendi update blog supaya follower2 dapat mengetahui aktiviti terkini fendi. Rumah fendi la yang jadi persinggahan.haha

Friday 3 June 2011

Apa kena dengan Blogger?

Salam semua,


hehe, jangan terkejut dengan entri, nanti x pasal2 blogger otai marah.maafkan saya.hik3. Anyway, i,m new blogger, banyak sangat benda yang saya x tahu, x sampai sebulan pun blog sy ni,hehe. Di sini fendi harap, blogger yang otai dapat tolong sedikit sebanyak walaupun ilmu yang not associated with blog, fendi accept apa juga kritikan mahupun teguran, maklumla, xda apa2 experience on how to create good entry, how to get more traffic, i still search and learn from day to day.

Thursday 2 June 2011

cara luahkan rasa "CINTA"

Salam semua,



Cinta bukan sekadar luahan daripada mulut, tapi ada banyak cara nk luahkan, percaya ke x?keh3

Album Gambar

Apa kena mengena dengan album gambar?fendi suggestkan korang beli album gambar dan muatkan gambar korang dengan si dia, setiap helaian gambar tu, letakkan kata-kata puitis, ringkas pun xpa, si dia mesti terharu. cuba la kalau nk tengok dia menangis gembira,hehe

Love list

Korang tanya, mengapa dia terlalu sayang pada korang, listkan kemudian korang hantar melalui pos, kalau korang hantar sendiri, tak jadi istimewa lagi.keh3. Biar si dia bermain dengan perasaan, dengan cara ini, jawapan daripada si dia lebih telus.

Gambar terbaik

tips ni x sama dengan album gambar, tetapi lebih kurang.hehe. korang pilih gambar yang terbaik antara kamu dan si dia, lepas tu, letakkan dalam bingkai bentuk love, then give her as hadiah. Romantik kan?hik3

Wednesday 1 June 2011

Betul ke lelaki akan pupus?

Salam blogger, entri merepek menjelma kembali tatkala tangan menghentak keyboard lappy.keh3
Entri kali ini ingin bertanyakan pendapat semua blogger, lelaki akan pupus ke? daripada pengamatan fendi sendiri, bilangan lelaki yang melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi semakin berkurang, tetapi bilangan kaum hawa pula 4 kali ganda berbanding lelaki. So what happen to all men outside there?haha

Sebenarnya, apa yang berlaku sekarang, kemerosotan akhlak, dadah merupakan punca utama mengapa lelaki dianggap akan pupus di kaca mata masyarakat. Cuba korang tengok, berapa ramai penghuni pusat serenti?lelaki ke perempuan? kebanyakan mereka menjadi doktor kepada diri sendiri. Alahai, bangkitlah wahai kaum Adam, bangunlah menjadi imam, bangunlah menjadi manusia berguna, bangunlah untuk mengapai cita-cita. Hidup di dunia hanya sementara, fikirkanlah tanggungjawab kita sebagai kaum lelaki. Ayuh, kita bangun bersama-sama.

Xde kena mengena pun.hehe

Pharmacist : header baru,haha

Salam semua, hari ini entri fendi bukan berkenaan dengan academic,hehe, cuma nk inform kepada blogger2 yang fendi dh tukar header, yang lama nmpak suram sikit, apapun header ini hasil kerja tangan fendi sendiri, walaupun x berapa cantik, tapi alhamdulillah, fendi dapat buat.haha


ini la dia header yang fendi cakapkan tu, haha, nampak sama seperti yang previous, cuma warna and font sahaja yang bertukar. header ini fendi buat dengan menggunakan perisian adobe photoshop. setakat yang basic2 boleh la.hehe. belum capai tahap pro lagi, apapun, insyaAllah fendi akan performe better next time.
Salam blogger daripada fendi.